NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Siapa mainkan isu agama, kaum dalam PRU15? PH atau PN? Cakap baik-baik


SAYA
hairan kenapa ada beberapa pengalisis politik ultra kiasu cuba menafikan kemenangan Perikatan Nasional (PN) yang mendapat 73 kerusi Parlimen, dengan PAS mendapat kerusi terbanyak, 49 kerusi daripada kesemua parti yang bertanding. Kemenangan ini menurut ultra kiasu ini, disebabkan oleh PN memainkan sentimen agama dan perkauman.

Jika benar tuduhan itu, sudah tentu, pihak pemantau, terutama Suruhanjaya Pilihan Raya telah mengambil tindakan. Namun, perkara tersebut tidak berlaku. Kempen pilihan raya berjalan dengan baik dan aman tanpa ada insiden yang tidak diingini.

Malangnya, kemenangan PAS dengan kerusi terbanyak cuba dipertikaikan dan dinafikan haknya.

Penulis ultra kiasu ini berkata Perdana Menteri (PM), Anwar Ibrahim tidak seharusnya melayan pengundi konservatif yang kebanyakannya mengundi PN tetapi sebaliknya memberi tumpuan kepada isu marhaen, serta mewujudkan pekerjaan dan memerangi rasuah.

Kata ultra kiasu ini lagi, Anwar Ibrahim perlu menggunakan TikTok menentang propaganda kaum dan agama dicetuskan PN, lebih-lebih lagi apabila gabungan itu berikrar menjadi pembangkang.

Persoalannya, siapa yang memainkan isu perkauman PN atau PH? Kenapa tidak bangkitkan ucapan kempen Nga Kor Ming dan Superman Hew?

Jika Adapun PN memainkan isu agama dan kaum, itu tidak salah, malah wajar.

Ini negara majoriti Islam Melayu. Negara ini berada dalam kepulauan Melayu atau Malay Archipelago. Bangsa lain, sejarahnya adalah pendatang.

Tidak timbul Sabah dan Sarawak, bukan sebahagian daripada alam Melayu. Sabah, Sarawak, Brunei, Indonesia dan kawasan berdekatan, sudah dikenali sebagai kepulauan Melayu sekian lama, tertulis dalam sejarah dunia. Tidak ada siapa boleh menafikannya.

Sama seperti kawasan-kawasan di negara China dan negara India. Tidak boleh lari daripada identiti bangsa dan agama yang dianuti.

Negara China dan India, tidak perlu bercakap soal bangsa dan agama mereka, kerana nama negara mereka mengikut nama bangsa, sudah mencerminkan hakikat sebenar. Bangsa Cina – China, India – India. Kenapa Malaysia tidak boleh menjadi Melayu?

Malangnya nama Tanah Melayu telah hilang apabila berlaku pembentukan Malaysia. Sebenarnya, nama itu masih kekal sebagai Semenanjung Tanah Melayu.

Sebab itulah, naratif agama dan bangsa perlu diulang-ulang, agar negara ini mempunyai identiti.

Jadi, apa salahnya jika laungan agama dan bangsa sentiasa berkumandang.

Teramat malang sekali apabila yang menjadi juru cakap itu adalah orang Melayu itu sendiri. Ultra kiasu bertepuk tangan.

Politik hari ini, ultra kiasu atau bukan Melayu tidak perlu bersuara, orang Melayu sudah bersuara bagi pihak mereka. Inilah nasib Melayu di bumi Melayu.

Ketika kempen PRU15, sangat jelas kelihatan, ultra kiasu tidak perlu berkempen. Sesama parti politik Melayu atau orang Melayu bercakaran, sudah bercakap bagi pihak ultra kiasu.

Kerja ultra kiasu menjadi lebih senang. Terus merancang untuk menuntut perkara-perkara yang tidak sepatutnya dituntut.

Belum pun lagi Kabinet dibentuk, Dong Zong sudah bersuara mendesak UEC diiktiraf dan peruntukan tahunan diberikan secara kekal? Tidak cukup dengan itu, Hua Zong mahukan tiga buah universiti perkaumannya New Era University College, Southern University College, dan Han Chiang University College of Communication, mesti dibiayai kerajaan. Tak sedar diri betul. Siapa ultra kiasu tidak sedar asal-usul ini? EUC dan kolej Universiti langsung tidak berperlembagaan, berbanding sekolah agama, yang ada setengahnya hidup segan mati tak mahu.

Persoalannya siapa yang gatal mulut mahu mengiktiraf sijil tersebut kalau bukan Pakatan Harapan (PH)? Kita mahu tengok, apakah PH benar-benar akan mengiktiraf sijil ini.

Kajilah secara keseluruhan, adakah sistem pendidikan vernakular selari dengan Pendidikan kebangsaan dan membawa kepada pembinaan negara bangsa

Kenapa UEC tidak mahu masuk dalam aliran pendidikan kebangsaan? UEC sendiri yang memilih untuk keluar daripada sistem Pendidikan negara, kenapa kerajaan perlu tanggung semua keperluan mereka?

Sekolah agama kita, semuanya perlu tertakluk kepada keperluan sistem Pendidikan negara. Tiba-tiba sijil yang terlalu perkauman ini, yang tidak memenuhi keperluan Pendidikan negara diminta untuk disahkan dan diberikan peruntukan kekal.

Apapun, semua itu sudah tercatat dalam manifesto PH. Sekali lagi saya ulang, apakah kerajaan pimpinan minoriti PH akan memenuhi kehendak ultra kiasu Dong Zong ini?

Sebelum itu, kerajaan baharu dan Dong Zong kena jawab beberapa perkara berikut:

  • Kenapa tidak serapkan UEC menjadi Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina?
  • Kenapa silibus Pendidikan mereka digubal dalam kalangan mereka sendiri tanpa melalui Lembaga Peperiksaan sama seperti peperiksaan SPM dan STPM yang lain?
  • Kenapa silibus Bahasa Melayu jauh lebih mudah daripada SPM?
  • Kenapa silibus sejarahnya lebih banyak membincangkan negara China?
  • Kenapa komunikasi BM dalam kalangan pelajar mereka begitu menyedihkan?

Banyak lagi persoalan kenapa yang perlu dijawab. Dalam kata lain, UEC ternyata bertentangan dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Hairannya bagaimana ia mendapat lesen

Ini baharu satu contoh, banyak lagi tuntutan lain yang akan dikemukakan oleh ultra kiasu tidak lama lagi. Tunggu dan lihat.

Rakyat perlu bangun menentang kemungkaran ini. Kolej Universiti dan UEC tidak membantu pembinaan negara bangsa.

PN (PAS), yang memenangi paling banyak kerusi dalam PRU15 tidak boleh malu alah lagi. PAS perlu mengemudi PN satu hari nanti dalam memastikan perpaduan ummah tercapai. Bangun menentang kemungkaran politik seperti PAS dahulu. Meskipun ada parti Gerakan bersama.

Hari ini mungkin PAS merasakan masih terikat kerana masih belum dapat memimpin PN. Satu hari nanti, saya harap PAS dalam memimpin PN.

PAS, saya fikir sudah cukup baik. Meskipun mendapat kerusi terbanyak dalam PRU15, baru-baru ini, PAS dapat menerima keputusan perlantikan Perdana Menteri baharu, meskipun, kedudukan PAS perlu diambil kira. Seperti mana yang saya tulis minggu lalu, PAS layak, paling kurang jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Malangnya ramai penganalisis ultra kiasu yang bersuara, langsung tidak sebut akan kelayakan PAS sepatutnya memimpin Malaysia berasaskan jumlah kerusi yang diperolehi.

Sebelum PRU15, kedengaran lantang kata-kata “No Anwar, No DAP, No Bersatu”. Pemimpin PH pun menafikan sama sekali adanya perancangan sulit itu sesama mereka (PH-BN).

Ibarat tanam tebu ditepi bibir. Mulut kata lain, belakang kata lain. Ini yang dikatakan telunjuk lurus kelingking berkait, menyindir orang yang menampakkan diri baik tetapi terselubung di baliknya.

Rakyat ditipu hidup-hidup dalam kata-kata dan kempen-kempen mereka. Apabila asas tidak betul, pasti yang seterusnya tidak akan menjadi betul

Saya teringat kepada kata-kata ahli falsafah Cina

If you want to rule the state, first put your house in order
To put your house in order, first cultivate yourself morally
To cultivate yourself morally, first put your heart right
To put your heart right, you must be sincere

Asas kepada pembinaan negara adalah sifat ikhlas para pemimpin. Namun, terlalu sukar untuk melihat keikhlasan tersebut.

Benarlah apa yang dapatan kajian siapa yang boleh dipercayai, daripada 15 profesion pekerjaan. Bermula dengan yang paling boleh dipercayai, doktor, saintis, guru, tentera….hingga ke angka dua akhir 14 dan 15, itulah para Menteri dan pemimpin politik.

Amat malang ia berlaku dalam kalangan pemimpin beragama Islam. Bagaimanakah kita mampu untuk mempamerkan imej baik Islam dan berdakwah kepada bukan Islam, jika inilah karakter pemimpin Islam. Selagi karakter manusia yang menjadi pemimpin itu tidak nampak ikhlasnya, maka tunggulah kehancurannya.

Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah







........
Komen: ........




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo