NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Si Kitol, Raja Mendeliar sembunyi di Menara Dato Onn, Jebat tak datang



Biarpun Perdana Menteri ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah mengangkat sumpah pada 24 November 2022, masalah besar sedang menanti UMNO. UMNO sanggup menodai keputusan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) tahun lepas.

Sedangkan naratif ‘No Anwar No DAP’ dijaja dalam tempoh begitu lama. Maka, tidak salah apabila ada pengacara program sembang politik menyebut seumpama sarkas.

Apa yang disebut sebelum ini dibenam begitu sahaja. Malah,ada yang sebut semua itu kerana kemaruk kuasa. Bagi pengamat politik mereka tidak sukar membayangkan apa yang akan berlaku terhadap UMNO selepas ini.

Ramai menyebut era sekarang kepimpinan UMNO paling teruk sekali. Sejak parti itu ditubuh pada 1946, UMNO sedang mengesot ke lembah dalam.

Kalau bahasa kasar, kalau dibiarkan ia boleh mereput. Sedangkan UMNO sebuah parti yang berjasa besar.

Ia turut dipersoalkan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Hamid Mohamad. Katanya: “Selamat Tinggal UMNO”. Adakah Annuar Musa, Noh Omar atau Khairy Jamaluddin sanggup menongkah arus?

Apakah mereka berani menjadi Hang Jebat?

Pemimpin UMNO dicatat dalam buku sejarah merintis kemerdekaan negara. Malangnya, sekarang ini parti yang sering disebut keramat itu semakin ditolak rakyat. Era kegemilangannya berlaku ketika Tun Razak menerajui negara.

Ketika itu tanah-tanah di kawasan hulu dibuka. Penduduk miskin yang berminat meneroka tanah dibawa ke kawasan hutan belantara.

Di situ, mereka membanting tulang empat kerat. Hutan belantara akhirnya menjadi penempatan. Kemudian menjadi desa, sekarang ada yang sudah bertukar menjadi pekan atau bandar baharu.

Itulah kejayaan UMNO ketika era Tun Razak. Bagaimanapun Tun Razak juga berdepan dengan suasana cemas. UMNO hilang majoriti dua pertiga di Parlimen pada PRU 1969.

Pulau Pinang terlepas ke tangan pembangkang, Gerakan. Kelantan terus kekal di tangan PAS. Perak dan Selangor juga sukar untuk membentuk kerajaan kerana menang tipis.

Drama di Perak

Sejarah yang berlaku di Perak bukan hanya berlaku sekarang. Selepas PRU 2008 situasi lebih tegang. Pada PRU tersebut Pakatan Rakyat (PR) yang dianggotai DAP, PAS dan PKR menang 31 daripada 59 kerusi DUN pada PRU 8 Mac 2008.

Namun, pada 4 Februari 2009, tiga ADUN PR keluar daripada parti dan menjadi wakil rakyat Bebas yang menyokong BN. ADUN terbabit dari DAP dan PKR.

Tindakan itu menyebabkan kerajaan PR Perak hilang sokongan majoriti di DUN Perak. Menteri Besar bertukar daripada Nizar Jamaluddin kepada Dr Zambry Abdul Kadir.

Situasi serupa berulang lagi selepas PRU 2018. Ketika itu Pakatan Harapan (PH) menguasai Perak, yang mana Ahmad Faizal Azumu dilantik sebagai Menteri Besar.

Bagaimanapun selepas Bersatu keluar daripada PH, kerajaan Perak juga bertukar warna, biarpun Menteri Besar masih orang sama.

Ketika itu ADUN PAS dan BN dilantik sebagai anggota Exco. Namun, selepas pemimpin UMNO kembali berada dalam kerajaan negeri, mereka mulai bermain silap mata.

Dengan bilangan ADUN BN yang agak ramai, gerakan untuk menyingkirkan Faizal dimulakan. Permainan wayang UMNO bermula. Pada 4 Disember 2020 usul undi percaya terhadap Menteri Besar gagal memperolehi sokongan majoriti ADUN.

Usul itu dibawa ADUN Pengkalan Baru (BN) Abd Manap Hashim. Usul tersebut hanya mendapat sokongan 10 undi, berbanding 48 tidak menyokong dan satu berkecuali.

Ketika itu Perak mempunyai 59 ADUN iaitu 25 daripada Barisan Nasional, Bersatu (lima), PAS (tiga), DAP (16), PKR (tiga), AMANAH (lima), masing-masing satu daripada Gerakan dan Bebas.

Berdasar sejarah yang berlaku itu, Perak mempunyai dua Menteri Besar dalam tempoh satu penggal. Ia bukan perkara pelik. Ia berlaku pasca PRU 2008 dan PRU 2018. Dan pasca PRU 2022 juga ia boleh berlaku.

Dan PRU ini Perikatan Nasional memiliki paling banyak kerusi iaitu 26 manakala PH (23) dan BN (9). Namun, UMNO sanggup menghumban keputusan PAU 2021 yang jelas menolak Anwar dan DAP.

Apakah kerana kemarut kuasa UMNO sanggup langgar PAU untuk membolehkan kerusi MB terus dibolot parti tersebut?

Namun, ramai percaya situasi itu boleh berubah selepas Presiden UMNO bertukar tangan. Seperti kata bekas Setiausaha Agung UMNO Annuar Musa, dalam BN ketara wujud perbezaan pendirian.

Beliau mendakwa ‘perancangan gelap’ sebelum ini untuk menyokong Anwar dan DAP dirancang sejak Julai-Ogos 2020.

Namun ia digagalkan kelompok lain yang berpegang keputusan parti ‘No Anwar-No DAP’,” katanya pada catatan di laman sosialnya.

Tanpa ketua yang ada sekarang, ramai percaya kerajaan Perak boleh bertukar sekali lagi. Kemungkinan itu boleh berlaku biarpun ada akta larangan lompat parti.

Usul undi percaya terhadap MB boleh berulang di DUN Perak. Keabsahan Saarani boleh diuji. Sekarang lapan ADUN BN sedang memerhati.

Kehadiran empat ADUN dari DAP tidak mudah untuk ditepis MB. Lima daripada 10 anggota Exco yang dilantik bukan Melayu. Mampukah tiga anggota Exco dari UMNO mempertahankan MB.

Kesukaran hampir pasti. Lebih-lebih lagi ada anggota Exco dari UMNO sekadar miliki sijil SPM, sedangkan dua Exco dari DAP merupakan peguam.

Ia mendedah kepelikan kerajaan PH-BN muncul secara tergesa-gesa. Kita tengok drama seterusnya. – Harakah

[Untuk rekod ‘Si Kitol’ dan Raja Mendeliar pembelot dan merupakan punca kepada kehancuran Kesultanan Melayu Melaka. Dia jugalah menabur fitnah dan memecahbelahkan bangsa Melayu.]

...
https://www.agendadaily.com






........
Komen: ........




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo