NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Shoraka DV meterai perjanjian perkongsian dengan National Bonds



KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama) -- Shoraka Digital Ventures (Shoraka DV) telah berjaya menjalin kerjasama strategik dengan National Bonds Corporation (National Bonds), syarikat simpanan dan pelaburan patuh Shariah terkemuka Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang dimiliki oleh Investment Corporation of Dubai.

Syarikat teknologi kewangan Islam yang berpangkalan di Malaysia itu berkata kerjasama yang ditandatangani pada 21 November lepas akan membuka jalan kepada kedua-dua entiti untuk memanfaatkan kekuatan satu sama lain dalam menawarkan penyelesaian kewangan digital di kedua-dua wilayah iaituTimur Tengah dan Asia Tenggara.

Pengarah Urusan Shoraka DV Johar Amat berkata National Bonds ialah rakan kongsi yang tepat di Timur Tengah memandangkan hubungannya yang kukuh di rantau ini kerana ia adalah sebuah institusi yang disokong kerajaan.

“National Bonds juga boleh memanfaatkan rangkaian kami di rantau ini terutamanya dalam industri kewangan Islam untuk mempromosikan platform sukuk runcit Murabaha yang inovatif mereka dalam kalangan peserta industri di rantau ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Ketua Pegawai Eksekutif National Bonds Group Mohammed Qasim Al Ali berkata menerusi bekerjasama rapat dengan Shoraka DV, ia menyasarkan untuk memanfaatkan kepakaran masing-masing untuk memberi manfaat kepada pemegang kepentingan utama kami dan masyarakat secara amnya.

"Di National Bonds, kami didorong oleh matlamat untuk membina budaya menabung yang kukuh dalam kalangan orang ramai dan kami melakukannya bukan sahaja melalui produk inovatif tetapi dengan sokongan rakan kongsi strategik kami yang boleh membantu National Bonds meningkatkan kecekapan operasi, capaian geografi dan kelajuan untuk pasaran,” katanya.


- BERNAMA 







........
Komen: ........




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo