NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Shahidan pertahan Arau buat kali ke-5


ARAU:
Kerusi panas Parlimen Arau bakal menyaksikan pertembungan tiga penjuru apabila penyandang kerusi berkenaan, Datuk Seri Shahidan Kassim yang kini membawa panji Perikatan Nasional (PN) ditentang calon Barisan Nasional (BN) dan calon muda Pakatan Harapan (PH).

BN diwakili Datuk Rozabil Abd Rahman, manakala Fathin Amelina Fazlie bertanding untuk PH.

Shahidan, 71 yang menjadi wakil rakyat di Parlimen itu selama empat penggal sejak PRU 1986, 1990, 2013 dan 2018 akan sekali lagi mempertahankan kerusi berkenaan untuk kali kelima.

Ironinya, beliau akan ditentang oleh bekas anak didiknya dalam Jawatankuasa UMNO Arau, Rozabil yang pernah menjadi Ketua Pemuda UMNO Bahagian Arau dan Naib Ketua Bahagian Arau.

Selain itu, calon muda PH dari PKR, Fathin Amelina Fazlie juga akan mencari peluang untuk melakukan kejutan.

Seorang lagi calon, Abdul Razak Abdul Khalek dari Gerakan Tanah Air yang dicalon untuk bertanding di Parlimen itu bagaimanapun tidak hadir menghantar pencalonannya.

Pada PRU14 lalu, Shahidan memenangi kerusi Parlimen Arau di bawah BN dengan majoriti 4,856 undi.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo