Majlis pengumuman calon-calon PN Terengganu yang asalnya biasa-biasa saja apabila hampir semua penyandang dicalokan semula berubah menjadi kejutan apabila susuk Shahidan Kassim muncul.
Bekas menteri besar Perlis yang digugurkan Umno-BN daripada senarai mereka diumum Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, sebagai pertaruhan gabungan itu untuk kerusi parlimen Arau.
Abdul Hadi juga mengumumkan penyandang kerusi Maran, Ismail Abd Muttalib, akan dikekalkan sebagai calon di kerusi itu, namun sebagai calon PN.
Shahidan ketika diberi peluang berucap ringkas memberitahu, dia baru tiba di Kuala Terengganu dari Perlis selepas diminta berbuat demikian oleh pimpinan PN.
Selepas ini, katanya, dia perlu bergegas untuk kembali ke Perlis.
"Saya perlu balik ke Perlis untuk isi borang. "Watikah dah dibagi tapi borang belum isi," katanya.
Bagaimanapun tidak pasti parti mana yang akan menjadi pilihan buat Shahidan selepas ini.
Dalam ucapan tidak sampai lima minit itu, bekas menteri itu juga mengecam Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi yang digelarnya sebagai "penipu" kerana - dakwanya - gagal mengikut janji yang diucapkan sebelum ini.
Kata Shahidan, senarai cadangan calon daripada “top five" Umno tidak diendahkan oleh Ahmad Zahid.
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment