NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Shahidan 'gempur' DUN MB Perlis dengan konvoi 100 kenderaan



Shahidan Kassim menunaikan rancangannya untuk "menggempur" DUN Bintong dalam usahanya memastikan Menteri Besar Perlis Azlan Man gagal mempertahankan kerusi itu dalam PRU15.

Dalam program kempennya malam tadi, dia yang mempertahankan kerusi Parlimen Arau sebagai calon PN berkonvoi bersama lebih 100 buah kenderaan penyokongnya, menjelajah sekitar kawasannya dan juga DUN Bintong di Kangar.

Sekitar 50 buah kereta, 10 buah lori dan 50 buah motosikal menyertai konvoi tersebut yang bermula kira-kira jam 10 malam. 

Konvoi tersebut bergerak dari pusat khidmatnya di Kampung Kubang Gajah dan berakhir di bilik gerakan PN di Kampung Wang Besar, Bintong.

"Kita tengok gelombang rakyat sekarang ini terutamanya orang muda menyokong PN.

"Ini cukup menarik kerana mereka tahu bahawa inilah parti yang mampu memberi pembelaan," katanya ringkas kepada media ketika konvoi itu.

Shahidan sebelum ini digugurkan BN daripada mempertahankan kerusi Arau dn digantikan dengan muka baru Rozabil Abd Rahman. 

Tindakan itu menyebabkan Shahidan mengambil langkah untuk kekal bertanding di atas tiket PN.

Turut digugurkan adalah penyandang kerusi Parlimen Padang Besar Zahidi Zainul Abidin, yang kemudiannya memutuskan untuk bertanding sebgai calon bebas.

Pada 9 Nov lalu Malaysiakinimelaporkan menteri Wilayah Persekutuan itu menyatakan hasratnya untuk memastikan Azlan kalah teruk dalam PRU ini.

Dia mendakwa Azlan sebagai pengerusi Umno negeri melanggar keputusan Umno bahagian dalam isu pencalonan.

"Matlamat kita adalah untuk jatuhkan menteri besar dengan dasyatnya. Saya akan pergi ke Bintong untuk berkempen dan menceritakan keadaan yang sebenarnya. Orang seperti ini patut dikalahkan kerana dia ganggu politik Perlis," katanya ketika itu.

Shahidan sememangnya pernah berseteru dengan Azlan sebelum ini. Selepas PRU14, dia menentang pelantikan semula Azlan sebagai menteri besar.

Penentangan itu membawa kepada sembilan Adun memboikot majlis pelantikan Azlan di Istana Arau.

Shahidan sebagai pengerusi BN Perlis ketika itu tidak bersetuju dengan pelantikan Azlan sebaliknya dilaporkan mahu mengangkat adiknya, Ismail Kassim yang juga penyandang DUN Tambun Tulang sebagai menteri besar.


Sumber I Malaysiakini 




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo