NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Shahidan ‘confirm’ tanding PRU15, walau tak dicalon BN


PETALING JAYA:
Bekas menteri Wilayah Persekutuan, Shahidan Kassim mengesahkan beliau akan bertanding PRU15, selepas Barisan Nasional mengumumkan calon baharu untuk Parlimen Arau.

Bercakap kepada pemberita di Arau malam tadi, Shahidan bertegas dirinya “calon boleh menang”.

“Saya akan bertanding. Saya tanya cawangan-cawangan dulu saya akan bertanding atas tiket apa,” katanya, menurut laporan Utusan Malaysia.

BN malam tadi mengumumkan Rozabil Abd Rahman menggantikan Shahidan yang menyandang kerusi Arau sejak PRU 1986.

Menyifatkan calon pilihan BN sebagai “calon dari luar”, Shahidan juga dilapor berkata Umno tidak boleh mengenakan tindakan terhadapnya kerana “bukan keluar daripada parti”.

“Saya akan memilih parti yang menggerak ke arah Muafakat Nasional,” katanya.

“Apa yang pasti, Insya-Allah, ‘comfirm’ saya akan bertanding.”



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo