NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Serahkan MB Pahang pada Umno untuk elak cauvinis DAP berkuasa

Oleh: Dr. Nabila Din

1. Perjuangan DAP sangat bahaya kepada tolerasi agama dan perpaduan kaum di Malaysia. Perkara ini sudah maklum dan terbukti semasa pemerintahan 22 bulan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini. Daripada membantah tulisan khat jawi dalam buku teks hinggalah mahu mengecilkan saiz kakitangan awam.

2. Oleh itu, apabila pimpinan Umno Perak bergabung dengan DAP untuk membentuk kerajaan, ramai termasuk ahli Umno bawahan yang amarah. Mereka yang sayangkan agama dan bangsa tentu marah bila Umno Perak memilih DAP yang mengepalai 20 ADUN bukan Islam dengan menolak kerjasama memerintah dengan 26 ADUN Perikatan Nasional (PN) yang semuanya Melayu Muslim.

3. Di Pahang kedudukan juga sama, namun lebih buruk kerana dalam PRU-15, PH hanya memenangi 8 kerusi. DAP memperoleh enam Dewan Undangan Negeri (DUN), sementara PKR mendapat dua kerusi di N13 Semambu melalui calonnya, Chan Chun Kuang dan di N14 Teruntum melalui Sim Chon Siang.

4. Kalaulau Umno Pahang hendak bekerjasama dengan DAP-PH, nampak sangatlah berdrama dan wayangnya Umno dengan penyatuan ummah. Ini kerana Barisan Nasional (BN) berjaya memenangi 16 kerusi DUN, sementara PN memperoleh 17 kerusi. DUN Pahang mempunyai 42 kerusi semuanya termasuklah di N42 Tioman yang ditangguh pemilihannya kerana kematian calon sebelum pengundian.

5. Semua kerusi BN dimenangi oleh Umno, kecuali satu DUN oleh MIC di N35 Sabai. Komponen PN, iaitu Pas memenangi 15 kerusi, sementara Bersatu mendapat 2 kerusi di N18 Lepas dan N25 Kuala Sentul. Untuk rekod, semua 17 ADUN PN dan 15 ADUN Umno adalah Melayu Muslim.

6. Kalaulah dipilih DAP-PH, maknanya Umno benar-benar terdesak kuasa untuk menjadi ketua ataupun ringkasnya mahukan jawatan Menteri Besar walaupun ini boleh memberi ruang Deklarasi Setapak DAP bertapak di Wisma Sri Pahang. Percayalah walaupun hanya enam kerusi, DAP akan menjadikannya pangkalan untuk agenda mereka yang besar pada masa depan. Sebabnya! Umno Pahang menghulurkan ranting kuasa untuk mereka.

7. Justeru untuk memenuhi kedesakan Umno tersebut, PN perlu berundur sedikit dengan memberikan jawatan Menteri Besar kepada mereka. Biarlah PN rugi, tetapi kerajaan kuat kuat, Islam dan orang Melayu selesa dan terjaga pasca PRU-15 ini. Cukuplah PN memikul amanah exco kanan dan pos exco-exco lain, sementara lapan ADUN PH terperosok sebagai pembangkang dalam DUN.

8. Orang PN, lebih tepat lagi penyokong Pas tentu mahukan jawatan Menteri Besar disandang oleh Timbalan Presiden Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man. Inilah pengisytiharan terbuka Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin semasa kempen PRU lalu. Hal ini benar-benar berlaku dengan Tuan Ibrahim memenangi kerusi DUN Cheka serta memimpin PN meraih kerusi terbesar.

9. Tuan Ibrahim yang dilantik oleh Majlis Tertinggi PN sebagai ketua rundingan pembentukan kerajaan negeri di Pahang boleh menjadikan tawaran kepala negeri ini kepada Umno. Tuan Ibrahim sendiri boleh menjadi ADUN biasa sahaja di DUN Pahang kerana sebagai Ahli Parlimen Kubang Kerian, boleh berperanan sebagai tonggak pemerintahan kerajaan pusat termasuklah sebagai Timbalah Perdana Menteri.

10. Semoga sinar Islam terus mekar di Pahang, lantas memadamkan api kemaraan DAP untuk menakluk pemikiran ummah walaupun mempunyai bilangan ADUN yang sedikit. Di sinilah kita memerlukan kewarasan akal pimpinan Umno Pahang untuk meletakan agenda Melayu Islam di tempat yang tinggi seperti sumpah keramat yang diperjuangkan dalam perlembagaan Umno.

11. Jika pimpinan Umno Pahang memang tiada kewarasan lagi, malah menjadi sesumpah, maka rakyat dan ahli-ahli Umno Pahang perlu bertindak melakukan reformasi dalam Umno sendiri, sama ada dalam masa segera ataupun melalui Persidangan Tahunan Umno nanti sebelum buku perlembagaan parti perlu dibuang dimamah patin Sungai Pahang.
( Hide )
  1. Boleh la umno teruskan agenda tanah musang king tu.

    ReplyDelete

© all rights reserved
made with by templateszoo