Oleh : Prof Dato Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin
1. Kita maklum bahawa politik adalah soal pengurusan hal ehwal kekuasaan dalam memastikan kemaslahatan hidup sesama manusia di bumi ini. Hukum hakam syarak begitu luas dalam memberikan keizinan atau pilihan kepada seseorang muslim dalam menentukan cara atau pendekatan yang dipilih dalam urusan kehidupan dunia, selagi ia tidak bercanggahan dengan titah perintah agama. Ini yang disebut dalam kaedah sebagai (Ų§ŁŲ£ŲµŁ ŁŁ Ų§ŁŲ£Ų“ŁŲ§Ų” Ų§ŁŲ„ŲØŲ§ŲŲ©) iaitu hukum asal bagi setiap benda adalah dibolehkan. Berbeza dengan urusan ibadah khusus yang menuntut dalil bagi setiap amalan. Ertinya dalam pengurusan kehidupan ini, semuanya dibolehkan selagi tiada larangan syarak. Maka, dalam bab ini jangan ditanya “apakah dalil yang membolehkan?”. Sebaliknya, bertanyalah apakah dalil yang tidak membolehkan.
2. Pada asasnya, perkara yang dituntut oleh Islam ialah melantik yang berkelayakan. Firman Allah dalam Surah al-Nisa ayat 58:
Ų„ِŁَّ Ų§ŁŁَّŁَ ŁَŲ£ْŁ ُŲ±ُŁُŁ ْ Ų£َŁْ ŲŖُŲ¤َŲÆُّŁŲ§ Ų§ŁْŲ£َŁ َŲ§ŁَŲ§ŲŖِ Ų„ِŁَŁ Ų£َŁْŁِŁَŲ§ ŁَŲ„ِŲ°َŲ§ ŲَŁَŁ ْŲŖُŁ ْ ŲØَŁْŁَ Ų§ŁŁَّŲ§Ų³ِ Ų£َŁْ ŲŖَŲْŁُŁ ُŁŲ§ ŲØِŲ§ŁْŲ¹َŲÆْŁِ Ų„ِŁَّ Ų§ŁŁَّŁَ ŁِŲ¹ِŁ َّŲ§ ŁَŲ¹ِŲøُŁُŁ ْ ŲØِŁِ
(maksudnya) “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu memberikan amanah kepada yang berhak menerimanya dan apabila kamu berhukum di kalangan manusia maka hendaklah kamu berhukum dengan adil. Sesungguhnya Allah memberikan pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu.”
Dalam masa yang sama, Allah melarang pengkhianatan terhadap amanah yang dipikul oleh seseorang. Melantik atau mengundi mereka yang tidak layak bererti terlibat dalam pengkhianatan terhadap amanah. Firman Allah dalam Surah al-Anfal ayat 27:
ŁَٰٓŲ£َŁُّŁَŲ§ Ł±ŁَّŲ°ِŁŁَ Ų”َŲ§Ł َŁُŁŲ§ْ ŁَŲ§ ŲŖَŲ®ُŁŁُŁŲ§ْ Ł±ŁŁَّŁَ ŁَŁ±ŁŲ±َّŲ³ُŁŁَ ŁَŲŖَŲ®ُŁŁُŁٓŲ§ْ Ų£َŁ َٰŁَٰŲŖِŁُŁ ۡ ŁَŲ£َŁŲŖُŁ ۡ ŲŖَŲ¹ۡŁَŁ ُŁŁَ
(maksudnya) “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RasulNya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya)»
3. Siapakah yang layak? Bagi menjawab perkara ini mestilah merujuk kepada jenis jawatan yang diberikan dan ruang tugasan yang akan dijalankan. Ia merupakan perkara ijtihad kehidupan yang manusia boleh berbeza pandangan mengenainya. Cumanya secara umum al-Quran menyebut:
Ų„ِŁَّ Ų®َŁْŲ±َ Ł َŁِ Ų§Ų³ْŲŖَŲ£ْŲ¬َŲ±ْŲŖَ Ų§ŁْŁَŁِŁُّ Ų§ŁْŲ£َŁ ِŁŁُ
(maksudnya) “Sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja ialah al-qawiy (yang kuat) lagi al-amin (yang beramanah)” (Surah al-Qasas:26).
Kuat merujuk kepada keupayaan menunaikan tugasan tersebut. Sementara amanah adalah kualiti atau nilai kejujuran yang ada dalam diri seseorang. Amanah dalam diri biasanya dapat dilihat pada latar sejarah diri dan prestasi kerja seseorang di sudut kebertanggungjawaban. Sementara keupayaan, hal ini boleh dilihat di sudut yang berbeza berdasarkan apakah pencapaian yang pihak yang melantik atau mengundi itu mahukan. Setiap orang mungkin mempunyai sudut pandangannya tersendiri dalam menilai kualiti ini.
4. Maka dengan itu, tulisan ini tidak akan menyebut siapakah yang mesti dipilih oleh seseorang muslim dalam PRU kerana hal itu terserah kepada kebijaksaan ijtihad siyasi seseorang. Namun, tulisan ini akan menyebut siapakah calon-calon yang tidak boleh seseorang mengundinya. Tulisan ini lebih merujuk kepada calon, bukan parti politik. Di sini saya sebut ciri-ciri calon yang tidak boleh diundi menjadi ahli parlimen atau dewan undangan negeri kerana itu bererti memberikan kuasa kepada mereka yang tidak layak dan merosakkan masyarakat.
Calon-calon yang tidak boleh diberikan undi;
Pertama: Calon yang telah menzahirkan permusuhan dengan Islam.
Sikap anti Islam itu boleh dilihat atau dikesan melalui kenyataan atau tindakan yang pernah dia buat sebelum ini. Allah menyebut dalam al-Quran Surah Ali ‘Imran ayat 118:
ŁَٰٓŲ£َŁُّŁَŲ§ Ł±ŁَّŲ°ِŁŁَ Ų”َŲ§Ł َŁُŁŲ§ْ ŁَŲ§ ŲŖَŲŖَّŲ®ِŲ°ُŁŲ§ْ ŲØِŲ·َŲ§ŁَŲ©ٗ Ł ِّŁ ŲÆُŁŁِŁُŁ ۡ ŁَŲ§ ŁَŲ£ۡŁُŁŁَŁُŁ ۡ Ų®َŲØَŲ§ŁٗŲ§ ŁَŲÆُّŁŲ§ْ Ł َŲ§ Ų¹َŁِŲŖُّŁ ۡ ŁَŲÆۡ ŲØَŲÆَŲŖِ Ł±ŁۡŲØَŲŗۡŲ¶َŲ§ٓŲ”ُ Ł ِŁۡ Ų£َŁۡŁَٰŁِŁِŁ ۡ ŁَŁ َŲ§ ŲŖُŲ®ۡŁِŁ ŲµُŲÆُŁŲ±ُŁُŁ ۡ Ų£َŁۡŲØَŲ±ُۚ ŁَŲÆۡ ŲØَŁَّŁَّŲ§ ŁَŁُŁ ُ Ł±ŁۡŲ£ٓŁَٰŲŖِۖ Ų„ِŁ ŁُŁŲŖُŁ ۡ ŲŖَŲ¹ۡŁِŁُŁŁَ
(maksudnya) “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi bitanah (orang penting yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang dada mereka sembunyikan itu lebih besar lagi. Sesungguhnya telah kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) berakal”.
Dalam konteks kehidupan bernegara pula, golongan ini tidak akan mengujudkan ketenteraman sebaliknya akan mencetuskan ketegangan dalam masyarakat yang boleh membawa huru hara dan merosakkan keharmonian hidup bernegara. Memilih mereka bererti mengkhianati agama dan negara.
Kedua: Calon yang jelas menyokong pihak yang memusuhi Islam sekalipun dia mendakwa dirinya seorang muslim. Ini adalah golongan yang munafik
Dalam Surah al-Nisa ayat 138-140, ALLAH berfirman
ŲØَŲ“ِّŲ±ِ Ł±ŁۡŁ ُŁَٰŁِŁِŁŁَ ŲØِŲ£َŁَّ ŁَŁُŁ ۡ Ų¹َŲ°َŲ§ŲØًŲ§ Ų£َŁِŁŁ ًŲ§ Ł±ŁَّŲ°ِŁŁَ ŁَŲŖَّŲ®ِŲ°ُŁŁَ Ł±ŁۡŁَٰŁِŲ±ِŁŁَ Ų£َŁۡŁِŁَŲ§ٓŲ”َ Ł ِŁ ŲÆُŁŁِ Ł±ŁۡŁ ُŲ¤ۡŁ ِŁِŁŁَۚ Ų£َŁَŲØۡŲŖَŲŗُŁŁَ Ų¹ِŁŲÆَŁُŁ ُ Ł±ŁۡŲ¹ِŲ²َّŲ©َ ŁَŲ„ِŁَّ Ł±ŁۡŲ¹ِŲ²َّŲ©َ ŁِŁَّŁِ Ų¬َŁ ِŁŲ¹ٗŲ§ Ł±ŁَّŲ°ِŁŁَ ŁَŲŖَّŲ®ِŲ°ُŁŁَ Ł±ŁۡŁَٰŁِŲ±ِŁŁَ Ų£َŁۡŁِŁَŲ§ٓŲ”َ Ł ِŁ ŲÆُŁŁِ Ł±ŁۡŁ ُŲ¤ۡŁ ِŁِŁŁَۚ Ų£َŁَŲØۡŲŖَŲŗُŁŁَ Ų¹ِŁŲÆَŁُŁ ُ Ł±ŁۡŲ¹ِŲ²َّŲ©َ ŁَŲ„ِŁَّ Ł±ŁۡŲ¹ِŲ²َّŲ©َ ŁِŁَّŁِ Ų¬َŁ ِŁŲ¹ٗŲ§ ŁَŁَŲÆۡ ŁَŲ²َّŁَ Ų¹َŁَŁۡŁُŁ ۡ ŁِŁ Ł±ŁۡŁِŲŖَٰŲØِ Ų£َŁۡ Ų„ِŲ°َŲ§ Ų³َŁ ِŲ¹ۡŲŖُŁ ۡ Ų”َŲ§ŁَٰŲŖِ Ł±ŁŁَّŁِ ŁُŁۡŁَŲ±ُ ŲØِŁَŲ§ ŁَŁُŲ³ۡŲŖَŁۡŲ²َŲ£ُ ŲØِŁَŲ§ ŁَŁَŲ§ ŲŖَŁۡŲ¹ُŲÆُŁŲ§ْ Ł َŲ¹َŁُŁ ۡ ŲَŲŖَّŁٰ ŁَŲ®ُŁŲ¶ُŁŲ§ْ ŁِŁ ŲَŲÆِŁŲ«ٍ ŲŗَŁۡŲ±ِŁِŪ¦ٓ Ų„ِŁَّŁُŁ ۡ Ų„ِŲ°ٗŲ§ Ł ِّŲ«ۡŁُŁُŁ ۡۗ Ų„ِŁَّ Ł±ŁŁَّŁَ Ų¬َŲ§Ł ِŲ¹ُ Ł±ŁۡŁ ُŁَٰŁِŁِŁŁَ ŁَŁ±ŁۡŁَٰŁِŲ±ِŁŁَ ŁِŁ Ų¬َŁَŁَّŁ َ Ų¬َŁ ِŁŲ¹ًŲ§
(maksudnya): (138) “Sampaikanlah khabar berita kepada orang-orang munafik: bahawa sesungguhnya disediakan untuk mereka azab seksa yang perit; (139) (Iaitu) Mereka yang mengambil golongan kafir (anti-Islam) menjadi teman setia dengan meninggalkan mereka yang beriman. Adakah mereka (orang-orang munafik) mencari izzah (kekuatan dan kemuliaan) di sisi orang-orang kafir itu, padahal sesungguhnya izzah (kekuatan dan kemuliaan) itu semuanya ialah milik Allah. Dan sesungguhnya Allah telah pun menurunkan kepada kamu (perintahNya) di dalam Kitab (Al-Quran), iaitu: apabila kamu mendengar ayat-ayat keterangan Allah diingkari dan diejek-ejek (oleh kaum kafir dan munafik), maka janganlah kamu duduk (bergaul) dengan mereka sehingga mereka masuk kepada memperkatakan soal yang lain; kerana sesungguhnya (jika kamu melakukan yang demikian), tentulah kamu sama seperti mereka. Sesungguhnya Allah akan menghimpunkan sekalian orang manufik dan orang kafir di dalam neraka Jahannam”.
Kesan mengundi mereka ini hampir sama dengan yang pertama.
Ketiga: Calon yang ada rekod rasuah atau salahguna kuasa atau yang menzahirkan kesediaan atau kelihatan berpotensi untuk terlibat dengan rasuah dan salahguna kuasa.
Calon-calon seperti ini termasuk dalam golongan yang zalim. Mengundi mereka bererti memberikan kuasa kepada orang yang akan berbuat zalim dalam negara. Firman Allah dalam Surah Hud ayat 113:
ŁَŁَŲ§ ŲŖَŲ±ْŁَŁُŁŲ§ Ų„ِŁَŁ Ų§ŁَّŲ°ِŁŁَ ŲøَŁَŁ ُŁŲ§ ŁَŲŖَŁ َŲ³َّŁُŁ ُ Ų§ŁŁَّŲ§Ų±ُ
(maksudnya) “Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang membuat zalim nanti kamu akan disambar oleh api neraka”
Sabda Nabi s.a.w:
ŁَŲ„ِŁَّ Ų§ŁŲ±َّŲ¬ُŁَ ŁَŁَŲŖَŁَŁَّŁ ُ ŲØِŲ§ŁْŁَŁِŁ َŲ©ِ Ł ِŁْ Ų³َŲ®َŲ·ِ Ų§ŁŁَّŁِ Ł َŲ§ ŁَŲ§Łَ ŁَŲøُŁُّ Ų£َŁْ ŲŖَŲØْŁُŲŗَ Ł َŲ§ ŲØَŁَŲŗَŲŖْ ŁَŁْŲŖُŲØُ Ų§ŁŁَّŁُ ŁَŁُ ŲØِŁَŲ§ Ų³َŲ®َŲ·َŁُ Ų„ِŁَŁ ŁَŁْŁ ِ ŁَŁْŁَŲ§Łُ
Adakalanya seseorang kamu pula berucap dengan sesuatu kalimat dari kemurkaan Allah, padahal dia tidak menyangka ia akan sampai tahap sedemikian lalu dengannya Allah mencatatkan kemurkaaan untuknya sehingga hari dia bertemu Allah”. (Riwayat Malik dan al-Tirmizi).
Kalimat itu yang mampu membawa kesan yang besar konteks negara seperti kita adalah undi dalam pilihanraya kerana dia menyebabkan seseorang boleh mendapat mandat atau kuasa yang boleh membawa kezaliman kepada rakyat yang ramai. Maka, setiap orang hendaklah berfikir kesan undi yang diberikan kepada seseorang calon terhadap negara dan rakyat.
Keempat: Calon yang menzahirkan sikap zalim dalam pengurusan atau pentadbiran kerana mengutamakan kepentingan diri, atau keluarga ataupun puak tertentu ataupun bangsa tertentu.
Calon-calon yang mempunyai rekod seperti ini, atau cenderung kepada sikap yang seperti ini tidak boleh diundi kerana mereka juga termasuk dalam golongan yang zalim. Demikian juga calon-calon yang sangat bersikap perkauman, sectarian dan fanatic kepada sesuatu aliran sehingga cenderung untuk berlaku ketidakadilan dan kezaliman ke atas pihak yang lain. Firman Allah Surah al-Maidah, ayat 8:
ŁَŲ§Ų£َŁُّŁَŲ§ Ų§ŁَّŲ°ِŁŁَ Ų¢Ł َŁُŁŲ§ ŁُŁŁُŁŲ§ ŁَŁَّŲ§Ł ِŁŁَ ŁِŁَّŁِ Ų“ُŁَŲÆَŲ§Ų”َ ŲØِŲ§ŁْŁِŲ³ْŲ·ِ ŁَŁَŲ§ ŁَŲ¬ْŲ±ِŁ َŁَّŁُŁ ْ Ų“َŁَŲ¢Łُ ŁَŁْŁ ٍ Ų¹َŁَŁ Ų£َŁَّŲ§ ŲŖَŲ¹ْŲÆِŁُŁŲ§ Ų§Ų¹ْŲÆِŁُŁŲ§ ŁُŁَ Ų£َŁْŲ±َŲØُ ŁِŁŲŖَّŁْŁَŁ ŁَŲ§ŲŖَّŁُŁŲ§ Ų§ŁŁَّŁَ Ų„ِŁَّ Ų§ŁŁَّŁَ Ų®َŲØِŁŲ±ٌ ŲØِŁ َŲ§ ŲŖَŲ¹ْŁ َŁُŁŁَ
(maksudnya) : “Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu membawa kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan”.
Kelima: Calon yang mempunyai rekod perkhidmatan yang buruk.
Ini seperti calon yang selalu ponteng parlimen, tidak memperdulikan tugasannya, gagal menyampaikan hasrat rakyat kawasannya, sukar diperolehi khidmatnya, sombong dan sebagainya.Sabda Nabi s.a.w
ŁŲ§َ ŁُŁْŲÆَŲŗُ Ų§ŁŁ ُŲ¤ْŁ ِŁُ Ł ِŁْ Ų¬ُŲْŲ±ٍ ŁَŲ§ŲِŲÆٍ Ł َŲ±َّŲŖَŁْŁِ
“Seorang mukmin tidak disengat dari satu lubang sebanyak dua kali” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Maksud hadis ini adalah seorang mukmin tidak patut ditipu sehingga dua kali dengan penipuan yang sama. Jika kali pertama mungkin satu kesilapan kerana tidak mengenali budi pekerti calon berkenaan. Namun setelah ada rekod perkhidmatan buruk yang lepas, maka tidak boleh terkena untuk kali kedua.
Keenam: Calon yang zahir tanda tidak berkeupayaan untuk menjalankan peranannya.
Ini boleh dilihat dari segi keterampilan diri calon, latar pendidikan, usia dan kesihatan. Rekod ketidakupayaan yang lalu seseorang calon juga boleh dinilai. Dalam konteks politik negara ini, seseorang yang dipilih ke parlimen atau dewan undangan negeri mesti berupaya menunaikan skop tugasan yang berkaitan. Jika kita mengundi seseorang yang kita tahu atau percaya tidak mampu menunaikan tugas tersebut bererti kita telah melakukan pengkhianatan. Sabda Nabi s.a.w:
ŁَŁ َŁْ Ų£َŲ“َŲ§Ų±َ Ų¹َŁَŁ Ų£َŲ®ِŁŁِ ŲØِŲ£َŁ ْŲ±ٍ ŁَŲ¹ْŁَŁ ُ Ų£َŁَّ Ų§ŁŲ±ُّŲ“ْŲÆَ ŁِŁ ŲŗَŁْŲ±ِŁِ ŁَŁَŲÆْ Ų®َŲ§ŁَŁُ
“Sesiapa yang memberikan pendapat untuk saudaranya dalam sesuatu perkara sedangkan dia tahu bahawa kebaikan itu pada perkara yang lain (pendapat lain) maka dia telah mengkhianatinya”. (Riwayat Abu Daud, dinilai sebagai hasan).
Maka, kita tidak boleh mengundi seseorang calon hanya kerana hubungan keluarga, atau sahabat atau parti. Sebaliknya, hendaklah atas kelayakan dan keupayaan menjalankan tugas. Justeru itu Nabi s.a.w tidak memberikan jawatan kepada Abu Zar kerana beliau tidak berkemampuan sekalipun Abu Zar seorang sahabat baginda yang soleh dan disayangi oleh Nabi s.a.w. Baginda bersabda:
ŁُŁْŲŖُ ŁَŲ§ Ų±َŲ³ُŁŁَ Ų§ŁŁَّŁِ Ų£َŁَŲ§ ŲŖَŲ³ْŲŖَŲ¹ْŁ ِŁُŁِŁ ŁَŲ§Łَ ŁَŲ¶َŲ±َŲØَ ŲØِŁَŲÆِŁِ Ų¹َŁَŁ Ł َŁْŁِŲØِŁ Ų«ُŁ َّ ŁَŲ§Łَ ŁَŲ§ Ų£َŲØَŲ§ Ų°َŲ±ٍّ Ų„ِŁَّŁَ Ų¶َŲ¹ِŁŁٌ ŁَŲ„ِŁَّŁَŲ§ Ų£َŁ َŲ§ŁَŲ©ُ ŁَŲ„ِŁَّŁَŲ§ ŁَŁْŁ َ Ų§ŁْŁِŁَŲ§Ł َŲ©ِ Ų®ِŲ²ْŁٌ ŁَŁَŲÆَŲ§Ł َŲ©ٌ Ų„ِŁَّŲ§ Ł َŁْ Ų£َŲ®َŲ°َŁَŲ§ ŲØِŲَŁِّŁَŲ§ ŁَŲ£َŲÆَّŁ Ų§ŁَّŲ°ِŁ Ų¹َŁَŁْŁِ ŁِŁŁَŲ§
“Aku bertanya: “Wahai Rasulullah! Tidakkah mahu engkau melantikku?”. Baginda menepuk bahuku dan bersabda: “Wahai Abu Zar, Sesungguhnya engkau ini lemah, sedangkan jawatan itu adalah amanah. Ia pada hari akhirat nanti adalah kerugian dan penyesalan, kecuali sesiapa yang mengambilnya dengan kelayakan dan menunaikan apa yang menjadi tuntutannya. (Riwayat Muslim).
Hadis ini juga menunjukkan bahawa ketokohan seseorang calon dalam bidang agama tidak semestinya menunjukkan dia layak dilantik memegang sesuatu jawatan sekiranya dia tiada kualiti untuk jawatan tersebut.
Ketujuh: Calon-calon yang mempunyai latar suka berbohong.
Ini dapat dikesan dengan melihat kepada latar diri calon sebelum ini seperti menipu menggunakan nas-nas agama, menipu dalam perniagaan, menipu sijil, menipu di tempat kerja, menipu orang lain dalam berurusan dan seumpamanya. Nabi s.a.w menyebut bahawa pembohongan akan membawa kepada kejahatan dan kejahatan akan membawa kepada neraka. Melantik pemimpin yang suka berbohong hanya akan merosakkan negara. Sabda Nabi s.a.w:
ŁَŲ„ِŁَّŲ§ŁُŁ ْ ŁَŲ§ŁْŁَŲ°ِŲØَ، ŁَŲ„ِŁَّ Ų§ŁْŁَŲ°ِŲØَ ŁَŁْŲÆِŁ Ų„ِŁَŁ Ų§ŁْŁُŲ¬ُŁŲ±ِ، ŁَŲ„ِŁَّ Ų§ŁْŁُŲ¬ُŁŲ±َ ŁَŁْŲÆِŁ Ų„ِŁَŁ Ų§ŁŁَّŲ§Ų±ِ، ŁَŁ َŲ§ ŁَŲ²َŲ§Łُ Ų§ŁŲ±َّŲ¬ُŁُ ŁَŁْŲ°ِŲØُ ŁَŁَŲŖَŲَŲ±َّŁ Ų§ŁْŁَŲ°ِŲØَ ŲَŲŖَّŁ ŁُŁْŲŖَŲØَ Ų¹ِŁْŲÆَ Ų§ŁŁŁِ ŁَŲ°َّŲ§ŲØًŲ§
Jauhilah kamu daripada berbohong. Sesungguhnya pembohongan membawa kepada kejahatan. Sesungguhnya kejahatan membawa kepada neraka. Seseorang itu selalu berbohong dan berusaha untuk berbohong sehingga ditulis di sisi Allah sebagai pembohong” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim. Ini adalah lafaz Muslim)
Kata Khalifah Abu Bakr al-Siddiq ketika memberikan ucapan sebagai khalifah:
Ų§ŁŲµŲÆŁ Ų£Ł Ų§ŁŲ© ŁŲ§ŁŁŲ°ŲØ Ų®ŁŲ§ŁŲ©
“Benar adalah amanah dan dusta adalah khianat” (Ibn Hisyam, al-Sirah al-Nabawiyyah, 4/232. Beirut: Dar al-Khair)
5. Demikian senarai calon yang terdapat nas-nas agama melarang mereka ini diberikan kuasa dalam masyarakat muslim khususnya, dan masyarakat awam secara amnya. Mengundi calon-calon ini bererti menyumbang kepada kezaliman dan kerosakan negara dan masyarakat. Allah dan RasulNYA memberikan amaran keras terhadap mereka yang bersekongkol dengan kezaliman.
6. Jika senarai calon yang ada pada sesuatu tempat itu semuanya termasuk dalam yang disebutkan di atas, pengundi hendaklah mengkajikan kadar bahaya atau mudarat setiap calon yang ada, kemudian dia mengundi yang paling kurang mudarat antara mereka secara perbandingan.
Sumber : https://muftiperlis.gov.my/index.php/minda-mufti/725-senarai-calon-pru-yang-tidak-boleh-diundi
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment