NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Selepas Anwar jadi PM, saham berkait arak, judi meningkat


Saham berkaitan arak dan judi menyaksikan peningkatan selepas Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Anwar Ibrahim hari ini diumum sebagai perdana menteri ke-10.

Terdahulu, pengumuman itu juga menyaksikan prestasi Bursa Malaysia meningkat apabila FBM KLCI ditutup melepasi paras 1,500 mata kepada pada 1,501.88, naik 58.38 mata atau 4.04%.

Kenaikan itu disumbang oleh sentimen positif apabila pelantikan Anwar dilihat menamatkan kemelut politik di Malaysia ditambah dengan keyakinan pasaran susulan terdapat petunjuk Rizab Persekutuan Amerika Syarikat akan mengambil langkah kurang agresif terhadap kenaikan kadar faedah.

Berdasarkan senarai 10 saham paling untung di Bursa Malaysia hari ini, dua syarikat arak iaitu Heineken Malaysia Berhad dan Carlsberg Brewery Malaysia Berhad berada di tangga pertama dan ketiga.

Heineken ditutup pada RM24.88, meningkat RM1.56 atau 6.69% manakala Carlsberg pula ditutup pada RM22.94, menokok 94 sen atau 4.27%.

Saham berkaitan judi seperti Magnum Berhad pula menyaksikan peningkatan apabila ditutup meningkat 12 sen atau 9.3% kepada RM1.41 manakala Sports Toto Berhad ditutup pada RM1.70, naik 9 sen atau 5.59%.

Syarikat seperti Genting Berhad pula ditutup meningkat 27 sen atau 6.41% kepada RM4.48 manakala Genting Malaysia Berhad turut menyaksikan kenaikan apabila ditutup pada RM2.72, menokok 20 sen atau 7.94%.

Laporan Bloomberg pada 21 November melaporkan saham-saham berkaitan arak dan judi merosot apabila PAS memperoleh kerusi Parlimen tertinggi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang memberi gambaran Perikatan Nasional (PN) bakal membentuk kerajaan.

Menurut laporan itu, saham pengendali resort dan kasino, Genting Malaysia Berhad menjunam sehingga 11%, penurunan tertinggi dalam tempoh dua tahun manakala syarikat induknya Genting Berhad merosot 10%.

Pada waktu sama, Sports Toto menyusut ke paras terendah sejak 1993 manakala saham Heineken Malaysia dan Carlsberg juga menyaksikan penurunan.

....
https://www.malaysianow.com







Komen: Orang UMNO mesti bangga




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo