Isteri PM Dr Wan Azizah menyampaikan Anugerah Pingat Hang Tuah kepada Muhammad Danish Rayqal Mohd Firdaus. |
KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Pelajar tahun dua Sekolah Kebangsaan Taman Kampung Melayu di Kluang, Johor, Muhammad Danish Rayqal Mohd Firdaus yang menyelamatkan dua adiknya dalam insiden kebakaran pada 29 Jun lepas dianugerahkan Pingat Hang Tuah.
Anugerah itu disampaikan isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada sambutan Hari Kanak-Kanak Kebangsaan Tahun 2022 anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di sini hari ini.
Penganugerahan itu bagi mengiktiraf kanak-kanak yang menunjukkan keberanian dalam membantu menyelamatkan nyawa manusia, harta benda atau tindakan dengan elemen keberanian dan luar biasa sewaktu kecemasan, bencana, kemalangan atau darurat.
Menurut JKM, Muhammad Danish Rayqal menyelamatkan dua adiknya iaitu Muhamad Darish Rizqe, 6, dan Nurdiya Delisha, 4, dengan mengendong mereka ke ruang dapur rumah sambil meminta tolong.
Tiga kanak-kanak itu kemudian berjaya diselamatkan jiran mereka.
Muhammad Danish Rayqal ketika ditemui berkata dia tidak ingat sepenuhnya kejadian itu namun gembira kerana berjaya menyelamatkan adik-adiknya.
“Tak tahu nak buat apa-apa (ketika kejadian) tetapi pergi ke belakang (rumah) minta tolong orang... jiran tolong,” katanya yang gembira menerima anugerah itu.
-- BERNAMA
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment