Dulu kata nak tunjuk Jam Omega. Sekarang Kak Wan Azizah boleh tunjuk jam Omega yang dikatakan berharga 13k itu kalau Anwar butul tidak bersalah.
Cerita lama dulu....
Datuk Seri Anwar Ibrahim nak mengamuk ke…Datuk Seri Wan Azizah Ismail nak melenting ke …Nurul Izzah nak marah ke…ke bila wartawan tanya pasal jam Omega,fakta tetap fakta.
Ahad semua orang lihat bagaimana Ketua Umum PKR itu naik angin bila wartawan wanita TV 3 tanya beliau berkali-kali pasal jam Omega itu.
Semua orang nak tahu pasal jam itu kerana Datuk Sharzly Eskay Abdullah,yakni salah seorang anggota Datuk T dakwa sudah serah ke tangan polis.
Dari kenyataan Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani Isnin sah seutas jam tangan untuk siasatan kes video seks itu memang ada pada polis.
Katanya pada wartawan sehingga kini pihaknya masih belum membuat keputusan sama ada akan meminta Anwar menyerahkan jam tangan Omega beliau ( yang didakwa masih ada padanya) kerana ia bergantung hasil siasatan yang dijalankan.
Menurut Acryl Sani pihaknya percaya pemilik jam tangan itu akan dapat dikenal pasti menerusi kad pendaftaran yang dikeluarkan syarikat pengedar kepada pembelinya.
Katanya, identiti pemilik jam tangan jenama Omega yang diserahkan kepada polis berhubung kes rakaman video aksi seks akan diketahui tidak lama lagi.
Jelas beliau, polis telah menyerahkan kad pendaftaran jam itu kepada syarikat yang mengedarnya bagi tujuan pengesahan siapa pemiliknya.
“Sebelum ini kita telah memberikan tempoh seminggu untuk syarikat itu
memberikan jawapan, namun sehingga kini tiada sebarang jawapan
diberikan,” katanya
Dulu Anwar sentiasa pakai Jam Omega |
Pada Selasa 5 April lalu Wan Azizah melenting dan dakwa jam Omega itu ada padanya masa sidang akhbar di rumhnya.Beliau bagaimanapun enggan tunjuk jam itu.
Nurul Izzah juga marah bila didesak tunjuk jam itu.Menteri Besar Selangor pula membebel panjang mempersoalkan wartawan tanya mengenai jam itu.
Dalam sidang akhbar di Kuching Ahad Anwar dakwa beliau tidak serah jam itu kerana polis tidak minta darinya.
Para wartawan yang kerap membuat liputan sidang akhbar Anwar sudah lali dengan stailnya yang kurang gemar wartawan tanya soalan nak korek lebih lanjut dan provokatif.
Bila ini berlaku beliau mulalah keluar skipnya tuduh wartawan ada agenda dan macam-macam untuk memalukan wartawan ditengah sidang akhbar.
Apa sekalipun semua kena tunggu hasil siasatan polis dari syarikat pengedar.
Difahamkan setiap jam berjenama ada nombor siri dan siapa yang belinya.
Juga ada yang kata jam Omega yang dipakai Anwar itu dihadiahkan oleh rakannya dalam kerajaaan Arab Saudi dan ada lambing negara itu pada jam berkenaan.
Dan…jangan lupa Eskay juga dakwa Anwar ada hantar SMS padanya pada malam (didakwa berlaku aksi dengan pealcur China) minta beliau tolong jaga jam itu yang diambil balik dari tempat itu.
Eskay dakwa jam itu cuba dicuri pelacur berkenaan semasa ( orang yang berwajah Anwar dalam video) itu masuk ke bilik mandi.
Eskay dakwa SMS dari Anwar masih tersimpan dalam telefon bimbitnya.
Juga perlu diingat ujian DNA boleh dibuat keatas jam itu berasaskan peluh dan daki sipemakainya.
Makanya fakta tetap fakta…Anwar bukan saja kena berjawab bab jam itu tetapi juga tentang SMS yang dihantar pada Eskay dan kelak ujian DNA.
Satu fakta mungkin boleh dipertikaikan…tetapi bagaimana dua dan seterus tiga fakta berkenaan.-11/4/2011
Baru tanya mana jam Omega Anwar dah melompat…tolong jangan berlagak bab kebebasan maklumat
Baru Jumaat lalu Dewan Undangan Negeri Selangor meluluskan Enakmen Kebebasan Maklumat (FOI).Cuba tengok bagaimana Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim ‘buat lawak’ semasa wartawan tanya mengenai jam Omega Datuk Seri Anwar Ibrahim di sidang akhbar Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail pagi Selasa.
Kerajaan Selangor menjerit ke seluruh dunia kononnya enakmen itu adalah detik sejarah bagi Malaysia kerana ia akan membolehkan orangramai akses kepada dokumen kerajaan negeri jika perlu.
Ia cuba mengambarkan bagaimana terbuka dan telusnya kerajaan pimpinan Khalid PKR.
Come on Tan Sri…ini belum lagi nak minta tengok dokumen kerajaan negeri yang sulit-sulit tu…ini wartawan baru tanya mana jam Omega Anwar yang Datuk Shazryl Eskay Abdullah (Datuk T) kata sudah serah pada polis untuk siasatan kes video seks.
Itupun Tan Sri dah ‘melompat’ macam wartawan jahat ni sangat kerana bertanya.
Boleh tengok balik rakaman video sidang akhbar bagaimana Tan Sri membebel-bebel panjang antaranya kata : “Soalan anda menunjukkan anda tidak menghargai keadilan. Hakikatnya saya berada di sini ialah untuk melihat sama ada media-media ini bertanyakan soalan demi kepentingan negara atau cuba memainkan isu ini,” katanya.
Sejak bila Tan Sri meletak diri sebagai ‘pemantau media’ dan menjadi hakim soalan samada itu untuk kepentingan negara atau tidak.
Agendadaily sendiri menerima banyak panggilan dari rakan-rakan wartawan dan pembaca yang geram melihat cara Khalid membebel dan cara Wan Azizah serta Nurul Izzah jawab mengenai jam itu.
Hakikat depan mata salahkah wartawan nak bertanya pasal jam itu.Ini kerana jam itu dikatakan menjadi salah satu bukti penting yang menunjukkan lelaki dalam video itu adalah Anwar.
Hakikatnya juga salahkah wartawan bertanya apa sekalipun berkaitan isu selari dengan konsep kebebasan.
Semua orang tahu Eskay mendakwa pelacur China dalam video itu cuba curi jam berkenaan.
Anwar pula telah meminta beliau cari jam itu dalam bilik berkenaan.Malah Anwar dikatakan ada hantar SMS padanya mengenai jam berkenaan.
Kalau ikut jalan ceritanya jam itu kini ada ditangan polis.
Sebaliknya ketika menjawab soalan wartawan Agendadaily dalam sidang akhbar itu Wan Azizah kata jam itu ada padanya.
Siapa yang betul ?
Menjawab soalan wartawan lain lanjutan kepada soalan Agendadaily itu Wan Azizah tidak maju tunjuk jam berkenaan yang dikatanya ada padanya.
Nurul Izzah pula menempelak wartawan berkenaan ‘“Adakah awak seorang pendakwa?”
Ini sebelum Khalid membebel-bebel panjang mengenai soalan berkenaan.
Senang cakap kalau jam itu ada kenapa Wan Azizah susah sangat nak tunjuk sedangkan beliau boleh ambil terus kerana sidang akhbar itu diadakan dalam rumahnya di Segambut Dalam.
Itupun KALAULAH ada jam tangan berkenaan ditangannya.
Andaian yang boleh dibuat jam itu tidak ada ditangannya.Sebab itu beliau,Nurul dan Khalid jadi gabra.
Itu baru bab jam.Wartawan belum lagi sempat bertanya bab SMS Anwar yang Eskay dakwa masih tersimpan dalam telefon bimbitnya pesan beliau jaga jam itu yang ditemui dalam bilik dimana didakwa berlaku adegan seks.
Pelik sungguh bolehkah jam Omega yang dikatakan ada lambang kerajaan Arab Saudi boleh berjalan kaki sendiri ke bilik berkenaan.
Yang pasti kalau betul dakwaan Eskay itu cap jari pelacur China yang cuba curi jam itu (aksi cuba curi itu dikatakan dapat dilihat dalam video penuh 22 minit) terdapat pada jam berkenaan.DNA Anwar juga boleh diperiksa dari daki dan air peluhnya yang melekat pada jam itu.
Ada juga kalangan rakan wartawan yang kata elok sekali Wan Azizah adakan satu lagi sidang akhbar tunjuk jam itu yang katanya ada padanya.
Itu pun kalau berani kena benar.
Mereka yang pernah membuat liputan sidang akhbar Anwar atau Wan Azizah tahu bukan senang nak bertanya soalan ‘nak tau lebih’ mengenai sesuatu hal.
Mereka biasanya akan melenting bila wartawan nak korek lebih-lebih – ironinya pembangkang sering dakwa merekalah juara dunia bab kebenaran.
Kalau nak tahu cuba tanya lebih-lebih.Ini membuatkan ramai wartawan muak dan tahu buang masa saja nak cuba-cuba.
Baik Anwar atau Wan Azizah lebih gemar dan syok layan soalan-soalan bola tanggong saja dimana mereka boleh smash balik.
Tanya lebih-lebih terus dapat cop ‘wartawan jahat’ dan ‘agen UMNO’.
Bagi Khalid elok renung balik video Tan Sri dok membebel tu sebelum cakap pasal freedom of information dan blah…blah…blah .
Kata Tan Sri ada banyak kerja lain nak buat tumpu soal video seks itu.Itu bukan satu jawapan.Itu nak mengelak namanya.
Ini belum bab kes liwat Saiful Bukhari Azlan.
Ini belum bab dakwaan Eskay bagaimana beliau jadi ‘ tukang atur ‘ sepanjang Anwar ke Thailand sejak dua tahun lalu.
Banyak lagi soalan dalam isu ini belum terjawab.
Soalnya (kalau betul terbukti kelak) Anwar lelaki dalam video itu mahukah Tan Sri berketuakan seorang pemimpin yang berlagak pijak semut tak mati dan warak sedangkan dibelakang main pelacur China.
Mahukah Tan Sri serah negara ini dipimpin oleh orang yang boleh sodok depan boleh sodok belakang.
Tidakah umat PKR,PAS dan DAP merasa kena tiup hidup-hidup jika begitu.
Bagaimana pula rakyat bawahan yang kena kelentong .
Sepatutnya Tan Sri menjadi salah seorang barisan pertama tuntut nak tau kebenaran pasti tentang hal ini sekalipun ia satu malapetaka besar bagi puak pembangkang.
Kita tak perlu tanya Wan Azizah soalan ini kerana beliau perlu jaga maruah keluarganya.
Lagipun Karpal Singh sentiasa ada disebelah untuk membelanya.
........
Komen: Anwar silap langkah menyerang pembangkang termasuk PAS belum lagi kabinet terbentuk. Dia ingat dia bersih ke??
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment