NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Sedih dan kecewa saya menunggu buah tak jatuh - Noh Omar


SHAH ALAM:
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Tan Sri Noh Omar kecewa dengan sikap berdiam diri Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang dikatakan masih tidak memberi jawapan sebenar mengenai kedudukannya di kerusi Tanjung Karang.

Beliau mengakui pucuk pimpinan UMNO itu telah meletakkan calon baharu di kawasan itu, namun sekurang-kurangnya Noh mahu Ahmad Zahid memberi respons kepada persoalan mengenai kerusi parlimen berkenaan.

“Jadi saya tunggu dari pagi sampai malam. Saya WhatsApp Presiden tetapi tidak ada respons.

“Saya fikir presiden sibuk dan saya tunggu sampai malam ini. Hanya tadi keluar senarai BN, Tanjung Karang sudah ada calon. Maka, watikah tidak sampai pada saya,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Penyampaian Watikah Calon BN peringkat Negeri Selangor di sini pada malam Khamis.

Beliau juga kecewa dengan Ahmad Zahid kerana tidak bersikap terbuka dalam menyentuh mengenai isu pencalonannya di Tanjung Karang.

“Sedih dan kecewa saya menunggu macam buah tak jatuh. Saya WhatsApp tapi tiada jawapan, padahal dia baca. Saya tidak mendapat perhatian daripadanya. Saya bersikap terbuka,” ujar beliau lagi.

Dalam pada itu, hanya 21 daripada 22 watikah diserahkan kepada calon Barisan Nasional (BN) yang bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada malam Khamis.

Noh berkata, watikah calon Tanjung Karang, Datuk Habibah Mohd Yusof tidak ada dalam senarai berkenaan.

“Watikah Tanjung Karang katanya belum dapat lagi. Namun, sudah ada (dalam senarai) calonnya ialah Datuk Habibah.

“Saya tidak tahu mana watikah itu,” ujarnya.

Justeru, Noh akan hanya mendedahkan mengenai sebab beliau tidak diumumkan sebagai calon BN di Tanjung Karang pada jam 4 petang Jumaat di Tanjung Karang.

Calon BN di Tanjung Karang, Datuk Habibah Mohd Yusof adalah antara tujuh calon yang diumumkan semula dalam satu kenyataan BN pada Khamis.

Tinjauan di meja calon pada majlis watikah di Shah Alam itu mendapati, nama Datuk Habibah dilekatkan pada meja calon di dalam dewan berkenaan.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo