NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

‘Seberang jambatan dulu, baru kita putuskan’, kata Ismail berkait BN gabung parti lain

Menurut Ismail Sabri Yaakob penggabungan yang pasti adalah antara BN dengan gabungan parti dari Sabah dan Sarawak.

PETALING JAYA: Soal penggabungan Barisan Nasional (BN) dengan parti lain bukan diputuskan secara bersendirian tetapi ia harus dibincang dan diputuskan dalam Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno.

Naib Presiden Umno, Ismail Sabri Yaakob, bagaimanapun berkata semuanya bergantung kepada keputusan pilihan raya umum ke-15 (PRU15) sama ada satu jajaran baharu dengan gabungan parti lain akan dibentuk atau sebaliknya.

“Tak boleh kata akan bergabung. Kita pun tak tahu lagi. Keputusan penggabungan dengan sesiapa sekali pun, parti mana sekali pun adalah keputusan parti.

“Parti yang akan membuat keputusan. Kalau kita menang dan kita boleh membentuk kerajaan…kita boleh membentuk kerajaan. Itu akan difikirkan.

“Tetapi dengan parti lain, mereka kata ada jajaran baharu dengan Pakatan Harapan (PH), ada orang kata dengan Perikatan Nasional (PN) atau dengan PAS… itu selepas pilihan raya.

“Selepas pilihan raya, kita seberang jambatan dahulu dan kemudian baru kita putuskan. Kita putuskan pun bukan cara bersendirian. Kita mungkin panggil mesyuarat khas MKT untuk buat keputusan,” katanya pada sidang media di Sungai Siput, pagi tadi, menurut Berita Harian.

Ismail menghadiri majlis ramah mesra bersama keluarga Felda Lasah yang turut dihadiri Menteri Besar Perak, Saarani Mohamad dan calon BN Sungai Siput, SA Vigneswaran.

Selain itu, perdana menteri berkata penggabungan yang pasti adalah antara BN dengan gabungan parti dari Sabah dan Sarawak.

Katanya, BN tidak boleh berpisah dengan gabungan parti dari kedua-dua negeri kepulauan Borneo itu kerana ia diibaratkan menjadi sebahagian daripada kerajaan persekutuan.

“Yang pasti, yang saya sebut di Sarawak semalam, kita pasti akan mewujudkan gabungan bersama parti dari Sabah dan Sarawak,” katanya


Sumber I FMT Malaysia 



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo