NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Sebagai reformis, tindakan Tian Chua tidak bijak kata Anwar


BAYAN BARU:
Sebagai seorang reformis parti, tindakan bekas Naib Presiden PKR, Tian Chua yang memilih bertanding atas tiket Bebas dan melawan calon parti sendiri di kerusi Parlimen Batu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) adalah tidak bijak.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, berikutan tindakan tersebut, Tian Chua secara automatik dipecat berdasarkan perlembagaan parti yang menyatakan mana-mana ahli yang bertindak bertanding melawan parti sendiri akan dilucutkan jawatannya.

Menurut Anwar, beliau ada menasihatkan Tian Chua yang pernah menyatakan hasratnya untuk bertanding pada PRU15 sebelum ini.

"Dia ada bayangkan dan saya nasihat kerana dalam parti, perlembagaan kita jelas siapa yang bertanding dia terlucut jawatan dengan serta merta, dia ada nyatakan secara sepintas lalu, tetapi saya dah nasihatkan, ini adalah keputusan tidak bijak sebagai seorang reformis," katanya.

Anwar berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan Tian Chua yang bertanding sebagai calon bebas di Parlimen Batu.

Beliau sebelum itu hadir pada majlis ramah mesra penduduk bersama Presiden PKR di Parlimen Bayan Baru di Astaka Desa Mayang di Bukit Gedong, Pulau Pinang pada Ahad.

Hadir sama, dua calon Pakatan Harapan (PH) iaitu bagi Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin dan Datuk Bakhtiar Wan Chik (Balik Pulau).

Semalam , Anwar menyatakan kekecewaannya selepas reformis parti itu yang menyandang kerusi Parlimen Batu selama dua penggal, memutuskan untuk kembali bertanding selaku calon Bebas menentang calon dari parti PKR.

Kerusi Parlimen P115 Batu menyaksikan pertembungan sepuluh penjuru membabitkan calon penyandang, calon yang kembali bertanding dan muka baharu pada PRU15.

Calon PKR P Prabakaran yang juga penyandang kerusi Parlimen itu selaku calon termuda ketika itu, sekali lagi bertanding pada pilihan raya kali ini mewakili PH.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo