NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Saya underdog berdepan gergasi Machang' - Wan Fayhsal


Calon Perikatan Nasional (PN) bagi Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menyifatkan dia memiliki sedikit kelebihan berbanding calon BN dengan kedudukannya sebagai bekas timbalan menteri.

Sambil mengakui bukan laluan mudah untuk dia di Machang kerana penyandang kerusi itu yang juga Pengerusi BN Kelantan, Ahmad Jazlan Yaakub (gambar, bawah) telah berkhidmat dengan baik kepada masyarakat Machang.

Bagaimanapun kata Wan Ahmad Fayhsal, jika diberi peluang dia mampu memberi khidmat yang lebih baik kepada masyarakat Machang.

"Memandangkan saya berdepan seorang gergasi Ahmad Jazlan merupakan pengerusi BN Kelantan, sudah pun selama dua penggal ahli parlimen di sana, jadi, saya adalah 'underdog'.

"Sebagai 'underdog' calon anak muda saya masih lagi perlu bekerja lebih kuat lagi untuk membuktikan kepada pengundi bahawa saya boleh buat lebih baik berbanding Ahmad Jazlan.

"Beliau (Ahmad Jazlan) mantan timbalan menteri luar bandar, saya mantan timbalan belia dan sukan, timbalan menteri perpaduan, dari segi pengalaman saya yakin saya boleh tawarkan lebih baik berbanding Ahmad Jazlan," katanya dalam sidang media hari di Kota Bharu, hari ini.

Parlimen Machang bakal menyaksikan pertembungan tiga penjuru masing-masing calon dari BN, PN, Pakatan Harapan (PH) dan Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra).

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu, Ahmad Jazlan menang dengan majoriti 2,824 menewasakan calon PAS dan PH.

Ahmad Jazlan memperoleh undian sebanyak 26,076 undi manakala Zulkifli Mamat (23,252 undi) dan Sazmi Miah (5,695 undi).

Menjelaskan lanjut, ketua pemuda Bersatu (Armada) itu berkata dia mempunyai kelebihan berbanding Ahmad Jazlan untuk menarik sokongan pengundi.

"Sebagai calon muda, saya yakin saya mempunyai kelebihan sedikit berbanding Ahmad Jazlan kerana faktor umur, pengalaman dan faktor saya sebagai bekas timbalan menteri belia dan sukan.

"Pendekatan yang saya ingin lakukan adalah menawan hati anak muda," katanya lagi.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo