NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

'Saya tolak jadi calon Parlimen Ketereh tapi Zahid tak terima' - Marzuani

KOTA BHARU: "Saya menolak tawaran untuk menjadi calon Parlimen Ketereh kerana berasakan Tan Sri Annuar Musa lebih layak," kata Ketua Puteri UMNO Kelantan, Marzuani Ardila Ariffin.

Marzuani Ardila yang juga Ketua Puteri UMNO Bahagian Ketereh mengakui beliau dipanggil oleh presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berhubung tawaran berkenaan.

"Presiden parti panggil saya dan menawarkan kepada saya untuk bertanding di Parlimen Ketereh. Pada awalnya saya terus menolak dengan alasan Tan Sri Annuar Musa lebih layak dan masih mampu bertanding.

Presiden parti panggil saya dan menawarkan kepada saya untuk bertanding di Parlimen Ketereh. Pada awalnya saya terus menolak dengan alasan Tan Sri Annuar Musa lebih layak dan masih mampu bertanding.

"Namun presiden tidak menerima penolakan saya dengan alasan parti sudah membuat keputusan berhubung perkara itu," katanya ketika dihubungi hari ini.

Marzuani Adilla berkata, beliau juga mengakui merujuk perkara itu kepada Annuar untuk mendapat nasihat serta pandangan.

"Kita tengok malam ini macam mana. Buat masa ini saya akui surat watikah atas nama saya.

"Saya juga belum buat keputusan sama ada hadir atau tidak pada majlis pengumuman malam ini," katanya.

Terdahulu, penyandang Parlimen Ketereh, Annuar mendedahkan Ketua Puteri UMNO Bahagian Ketereh ditawarkan untuk bertanding di Parlimen Ketereh pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo