Ahli Jawatankuasa Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad berkata, beliau ‘meninggalkan’ Anwar setelah mendapati Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berpegang kepada fahaman yang boleh merosakkan akidah.
“Saya mengambil keputusan meninggalkan beliau kerana fahaman
pluralisme boleh membawa kepada kekufuran,” katanya kepada Utusan
Malaysia di sini hari ini.
sambungan video di atas
Ismail Mina pernah menjadi Presiden Persatuan Mahasiswa Islam
Universiti Malaya (PMIUM), bersama-sama Anwar mengasaskan Angkatan Belia
Islam Malaysia (ABIM) dan turut terlibat membangunkan Yayasan Anda.
Pluralisme agama adalah satu fahaman yang menyamaratakan semua agama yang mana penganutnya mempercayai semua agama adalah benar.
Menurut Ismail Mina, sebab lain beliau bertindak meninggalkan pemimpin itu juga mengamalkan ideologi politik yang tersasar dari perjuangan asal yang berlandaskan kepada amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
“Dia (Anwar) terutama semasa di luar negara sentiasa menyatakan tidak akan melaksanakan syariat Islam apabila berkuasa.
“Dia juga mengkritik hukuman sebat terhadap Kartika Sari Dewi Shukarno (kerana minum arak) padahal wanita itu reda. Dia pula yang tak nak, sepatutnya kita sokong perempuan itu lagipun enakmen agama Pahang pun membenarkan hal itu, apa yang dia risaukan?
“Inilah dua faktor kenapa saya tinggalkan beliau,” katanya sambil menafikan beliau mempunyai faktor lain seperti tidak mendapat projek kerajaan.
Ditanya mengenai perhimpunan haram ‘Kempen Bebaskan Anwar 901’, beliau berkata, syariat Islam sangat melarang untuk memperjuangkan seseorang individu.
“Ketika Nabi Muhammad SAW wafat, Saidina Abu Bakar pernah membaca ayat al-Quran bagi mengingatkan para sahabat lain bahawa mereka berjuang bukan kerana individu (Muhammad) tetapi memperjuangkan risalah yang dibawa oleh baginda.
“Memperjuangkan individu adalah salah. Mempertahankan individu yang bukan di dalam kebenaran adalah syirik,” ujarnya.
RAMAI ORANG TINGGAL ANWAR
KENA AWAK ANAK MUDA PERCAYA KEPADA ANWAR?
AWAK NAK MASUK LUBANG JUGA KE?
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment