NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Saya tak tahu perjanjian dengan Anifah, kata Ismail

Ismail Sabri Yaakob tidak tahu mengenai tawaran jawatan dalam Kabinet kepada Anifah Aman sebagai balasan beliau memberi laluan kepada calon Umno untuk bertanding pada PRU15.


PUTRAJAYA: Perdana Menteri sementara, Ismail Sabri Yaakob mengesahkan beliau tidak tahu-menahu sebarang perjanjian melibatkan bekas menteri luar, Anifah Aman untuk jawatan dalam Kabinet, sekiranya Barisan Nasional (BN) dapat membentuk kerajaan selepas pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Katanya, timbul pelbagai cerita “bukan-bukan” menjelang hari pengundian 19 Nov ini.

“Kadang-kadang setengah orang main sebut nama saja, tetapi tidak ada pun tawaran tersebut, tapi kerana tidak ada sesiapa yang ada (pada) waktu itu, mungkin jadi dia main sebut. Sekarang ini macam-macam cerita yang bukan-bukan timbul,” katanya selepas Majlis Pecah Tanah Wisma Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja di dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) di sini.

Beliau mengulas dakwaan Anifah dijanjikan jawatan dalam Kabinet oleh Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi sekiranya BN menang PRU15.

Justeru, Ismail berkata, perkara itu tidak boleh dianggap benar kerana dirinya tidak tahu berhubung dakwaan itu.

“Jadi, tidak perlu kita ambil itu sebagai satu cerita yang dianggap benar. Saya pun tidak tahu.”

Baru-baru ini, media melaporkan Anifah yang juga presiden Parti Cinta Sabah (PCS) dalam ceramah Pakatan Harapan (PH) dua hari lepas, mendedahkan tawaran itu sebagai balasan tidak bertanding bagi memberi laluan kepada calon Umno.


Sumber | FMT Malaysia 



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo