NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Saya percaya nama besar yang digugur akan terus setia - Hishammuddin


KUALA LUMPUR:
Sebahagian barisan kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional (BN) percaya bahawa beberapa tokoh yang tidak tersenarai dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan terus kekal setia bersama parti itu tanpa sebarang masalah.

Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang diumumkan sebagai calon mempertahankan Parlimen Sembrong berkata, kebanyakan mereka yang tidak dicalonkan pada pemilihan kali ini akan tetap memberikan sokongan dan taat setia kepada UMNO dan BN.

“Bagi saya, mereka semua ini orang parti, jadi pengguguran mereka, nama mereka tak dicalonkan ini adalah biasa dalam arena politik dan saya percaya mereka ini akan tetap bersama-sama,” katanya yang ditemui media selepas majlis pengumuman nama calon BN di WTCKL malam tadi.

Sementara itu, bagi Ketua Penerangan UMNO yang juga muka baharu dicalonkan di Parlimen Alor Gajah, Shahril Sufian Hamdan, beliau percaya jiwa besar yang dimiliki oleh sebahagian tokoh yang digugurkan itu akan menjamin kesetiaan mereka dalam parti.

Malah, jelasnya, kenyataan yang dibuat Ketua Bahagian Ketereh Tan Sri Annuar Musa sebelum ini menunjukkan bahawa beliau menerima penggugurannya dengan hati terbuka dan masih bersama UMNO.

“Saya melihat bahawa, kita tengok beberapa respons, mungkin media mengambil respons paling sensasi, tetapi kita lihat bekas Ahli Parlimen Ketereh, setakat yang saya baca petang tadi.

"Saya pasti beliau kecewa tetapi beliau ada kebesaran jiwa untuk mengatakan bahawa yang lebih besar adalah parti dan menjadi calon bukan segala-galanya,” jelasnya selepas majlis tersebut.

Pada pengumuman yang dibuat oleh Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyaksikan beberapa nama besar parti itu tidak tersenarai dalam PRU15 kali ini.

Ia termasuklah Datuk Seri Shahidan Kassim dan juga Tan Sri Annuar Musa yang terpaksa melepaskan kerusi mereka untuk memberi laluan kepada calon BN yang baharu.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo