NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

‘Saya nak tunggu dan lihat’, Muhyiddin ulas kenyataan Zahid sedia kerjasama

Muhyiddin Yassin enggan mengulas terlalu awal berhubung kesediaan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi untuk bekerjasama membentuk kerajaan dengan mana-mana gabungan lain.

MUAR: Muhyiddin Yassin berkata beliau mahu mengambil pendekatan tunggu dan lihat berhubung kenyataan Ahmad Zahid Hamidi yang menyatakan kesediaannya untuk kerjasama dengan mana-mana gabungan, sekiranya Barisan Nasional (BN) tidak dapat meraih majoriti mudah.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu, berkata Zahid sebagai presiden Umno berhak untuk menyuarakan pandangannya.


Bagaimanapun, beliau berkata segala keputusan akan datang perlu dibawa ke peringkat Majlis Pimpinan PN terlebih dahulu.

“Saya nak tunggu dan lihat, sebab ini baru hari pertama bermula. Apa yang berlaku ke hadapan saya tak kata ya atau tidak.

“Pasal ini bukan satu hak bagi diri saya sebagai presiden Bersatu sebab kita ada PN,” katanya ketika ditemui pemberita dalam satu sesi santai Muhyiddin bersama penduduk di Warung Lorong Paip.

Tambahnya, kenyataan Zahid itu merupakan isu besar yang perlu dibincangkan dengan pemimpin PN.

“Biasa bila ada satu perkara itu kita bincang dalam kalangan pemimpin tertinggi untuk dapatkan satu pandangan yang bukan peribadi kerana ini soal besar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai laporan di akhbar New Straits Times, yang memetik kenyataan Zahid sedia untuk kerjasama dengan mana-mana gabungan parti sekiranya BN gagal mendapat majoriti mudah.

Dalam perkembangan lain, Muhyiddin yang juga presiden Bersatu enggan mengulas lanjut mengenai tindakan Ketua Wanita Bersatu Melaka Azalina Abdul Rahman keluar parti serta-merta, semalam, selepas mendakwa parti itu telah hilang hala tuju.

“Tak perlu komen lah,” katanya.

Sementara itu, Muhyiddin berkata, manifesto PN yang akan dibentangkan hari ini berteraskan tiga perkara iaitu prihatin, bersih dan stabil.

Beliau berkata, jika PN berjaya membentuk kerajaan, gabungan itu akan menunaikan janji manifesto yang dibentangkan itu.

“Kita bukan macam parti lain, janji tetapi tak tunaikan,” katanya.


Sumber I FMT Malaysia 



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo