SUNGAI BULOH: Khairy Jamaluddin berkata Ahmad Zahid Hamidi mungkin kurang berpuas hati dengannya, susulan tindakannya mempertikai kenyataan presiden Umno itu berhubung pencalonannya bagi pilihan raya umum (PRU15).
“Saya bukan ‘orang kesayangan’ beliau kerana saya bukannya ‘yes man’,” katanya dalam dialog awam di sini.
Bekas Ahli Parlimen Rembau itu bagaimanapun menegaskan beliau tetap setia dengan Barisan Nasional.
Khairy turut berkata beliau tidak mahu Umno dikenali kerana “kluster mahkamah” – jolokan merujuk kepada pemimpin Umno termasuk Zahid dan bekas perdana menteri Najib Razak, yang sama ada sedang dibicarakan atau telah disabitkan bagi tuduhan jenayah termasuk pecah amanah jenayah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram.
“Jika ada cubaan untuk mengganggu mana-mana kes, saya yang pertama akan membantah kerana kita tidak patut campur tangan. Itu satu janji,” katanya.
Menurutnya, ramai ahli Umno yang takut untuk bertegas mendesak perubahan.
“Buat masa ini kita perlu berdisiplin. Beliau (Zahid) memilih calon.
Kami juga mahukan perubahan, kami tidak mahu terus kekal dengan orang
lama,” katanya.
Ini menunjukkan bertapa hinanya Presiden UMNO |
Khairy berkata, beliau mahu melihat pembaharuan dalam partinya bagi “memikat” semula mereka yang pernah menjadi penyokong.
“Anda pernah menyokong Umno, tetapi kini tidak lagi. Bukan kerana ia parti yang buruk, tetapi ada pemimpin kita yang tidak elok. Saya perlu mencuba, kalau tidak ia akan terus merudum.”
Terdahulu hari ini, Khairy membidas dakwaan Zahid bahawa beliau telah meminta untuk bertanding di Sungai Buloh dalam PRU15, sebaliknya berkata beliau tiada pilihan.
Sementara itu, Khairy berkata beliau tidak sabar melihat “rakan baiknya” Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli mengambil alih jawatan presiden parti itu daripada Anwar Ibrahim.
Beliau menyifatkannya sebagai sesuatu yang mengujakan sekiranya mereka berdua dicalonkan untuk jawatan perdana menteri.
Menteri kesihatan sementara itu semalam mengisytiharkan beliau sedia untuk memimpin negara dan menjadi perdana menteri.
Katanya beliau menantikan peluang itu bukan saja untuk dirinya malah juga pemimpin muda lain yang mahu memfokuskan isu dan nilai penting, bukan sekadar bermain politik remeh.
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment