NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Sambutan hebat kempen PN di Tangga Batu


TANGGA BATU
: Sambutan rakyat terhadap kempen PERIKATAN NASIONAL sangat luar biasa dan jauh berbeza berbanding ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, tahun lalu.

Yang Dipertua PAS Kawasan Tangga Batu, Bakri Jamaluddin, berkata sambutan baik itu diharapkan akan diterjemahkan kepada kertas undi pada pengundian awal hari ini dan pada 19 November ini.

Beliau yang juga calon PERIKATAN NASIONAL Parlimen Tangga Batu berkata, PERIKATAN NASIONAL ketika berkempen tidak pernah mengutuk sesiapa, sama ada calon Pakatan Harapan, Rosnah Aluai atau Lim Ban Hong dari Barisan Nasional.

“Cara kempen berhemah yang jentera PERIKATAN NASIONAL gunakan ialah ‘Budaya Politik Matang dan Sejahtera’ yang dipelopori oleh PAS selama ini,” katanya kepada HarakahDaily ketika ditemui selepas meninjau Pusat Mengundi Awal Kem Terendak di sini, hari ini.

Bakri Jamaluddin bertemu anggota tentera di Kem Terendak

Sementara itu, katanya jentera PERIKATAN NASIONAL di sini tetap kukuh walaupun media massa melaporkan ramai pimpinan Bersatu bahagian ini meletak jawatan.

Malah, katanya hubungan antara PAS dan akar umbi Bersatu tempatan terus mantap dan mendapat kerjasama yang baik.

“Jentera PERIKATAN NASIONAL di sini berjalan lancar, malah semakin lama semakin bertenaga. Selain itu, sambutan masyarakat pun bagus.

“Walaupun ada pimpinan Bersatu peringkat bahagian keluar, ahli peringkat akar umbi di cawangan memberikan kerjasama yang sangat baik dan bersemangat tinggi,” katanya.

Media massa beberapa hari lalu melaporkan seramai 17 orang pimpinan Bersatu Bahagian Tangga Batu meletakkan jawatan, mengikut jejak bekas ketua mereka, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen yang meletakkan jawatan pada 30 Oktober lalu. – HARAKAHDAILY 15/11/2022




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo