NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Sabah akan bekerjasama dengan pentadbiran Anwar




PETALING JAYA:
Kerajaan Sabah beri jaminan akan bekerjasama sepenuhnya dengan pentadbiran Perdana Menteri Anwar Ibrahim, demi manfaat dan kebaikan bersama.

Ketua Menteri Hajiji Noor, yang juga pengerusi Gabungan Rakyat Sabah, berkata kerjasama erat akan merealisasikan pembangunan Sabah dan menunaikan Perjanjian Malaysia 1963.

Dalam pada itu, Hajiji berharap pengalaman Anwar akan membawa kebangkitan ekonomi yang sangat diperlukan untuk rakyat dan pembangunan pada masa depan.

Beliau juga berharap pemerkasaan Sabah dan Sarawak yang dinyatakan dalam manifesto Pakatan Harapan akan dilaksanakan sebaiknya.

Anwar pernah menjadi menteri kewangan (1991-1998) dan timbalan perdana menteri (1993-1998). Beliau juga pengerusi Pakatan Harapan.

Anwar mengangkat sumpah perdana menteri kerajaan perpaduan di hadapan Agong, petang tadi.





Komen: ........




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo