NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Saarani dilantik MB Perak boneka PH/DAP


PETALING JAYA:
ADUN Kota Tampan, Saarani Mohamad mengangkat sumpah sebagai menteri besar Perak ke-15, jawatan yang dipegangnya sebelum pembubaran Dewan Undangan Negeri pada 16 Okt lalu.

Bernama melaporkan Ketua Barisan Nasional Perak itu mengangkat sumpah di depan Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar pada 5.40 petang.

Pelantikannya menyusul persetujuan BN dan Pakatan Harapan (PH) untuk membentuk kerajaan Perak bersama.

Terdahulu, Ahli Dewan Negara Perak, Annuar Zaini dilaporkan berkata, pemimpin Perikatan Nasional mengesahkan mereka tidak mempunyai jumlah kerusi mencukupi untuk membentuk kerajaan negeri.

Beliau berkata, Sultan Nazrin berkenan dengan jumlah yang dikemukakan BN dan PH.

Pada pilihan raya umum ke-15, PN memenangi 26 kerusi DUN di Perak, diikuti PH (24) dan BN (9).

Sebelum ini, PN Perak memberi bayangan ia akan bekerjasama dengan BN untuk menubuhkan kerajaan negeri. Gabungan pimpinan Muhyiddin Yassin itu menolak kerjasama dengan PH.

Saarani pertama kali mengangkat sumpah sebagai menteri besar Perak pada Disember 2020, selepas BN menarik sokongan kepada Menteri Besar ketika itu, Ahmad Faizal Azumu.

Faizal yang gagal mendapat sokongan dalam usul undi percaya terhadapnya di DUN, meletak jawatan pada 5 Dis 2020.




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo