NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Rupanya Ini 6 Nutrisi Penting Yang Diperlukan Anak Untuk Kesihatan Usus


Melalui perkongsian ilmu kesihatan pemakanan dari Puan Mazliana Mazlan, penyakit banyak berpunca dari usus yang tak dijaga dengan baik, sekiranya pemakanan anak-anak tidak diberikan perhatian tinggi sebaiknya.

Justeru itu, amat penting untuk memastikan makanan si kecil mengandungi enam nutrisi ini setiap hari demi kesihatan usus yang lebih baik selain, memulihkan ia sekiranya bermasalah. Jom lihat enam nutrisi penting untuk kesihatan usus di bawah!

Baca juga: “Anak Saya Ni Nakal!”- Jangan Begini, Ubah Ayat Bila Cerita Tentang Anak Kepada Orang Luar Seperti Ini…

KESIHATAN USUS PENTING SEBAGAI ‘OTAK’ KEDUA MANUSIA

Gambar hiasan: Google.

Anak-anak perlukan usus yang sihat untuk kuatkan imuniti badan. Usus otak kedua kan.

Penyakit banyak berpunca dari usus yang tak dijaga dengan baik. Makanan anak-anak, antara yang kita perlu kita ambil perhatian sebaiknya.

6 NUTRISI PENTING DEMI KESIHATAN USUS SI ANAK

Enam nutrisi penting, untuk kesihatan usus anak. Perlu anak-anak ambil, untuk pulihkan usus.

Pastikan anak dapat enam nutrisi penting macam ini setiap hari untuk kesihatan usus yang lebih baik. Untuk kita pulihkan usus anak yang bermasalah.

1. IRON

Penting untuk tambahkan bilangan bakteris baik di usus anak.

Gambar: Daging antara sumber iron untuk anak-anak.

2. SELENIUM

Bantu untuk kurangkan inflamasi di usus anak.

Gambar: Telur penting untuk pemulihan usus.

3. VITAMIN D

Tingkatkan kualiti sistem imun di usus anak.

Gambar: Yang ini tak dapat disangkal. Percuma je kan.

4. MAGNESIUM

Mudahkan penghadaman, penting untuk usus anak sihat.

Gambar: Magnesium untuk usus yang sihat. Beli dekat sini.

5. VITAMIN C

Antioksida yang menjaga lapisan usus dari keradangan.

Gambar: Jambu batu tinggi vitamin C.

6. ZINK

Bantu hasilkan enzim penghadaman yang lebih baik.

Gambar: Kacang untuk sumber zink.

Nak pulihkan usus, inilah jawapan dia. Bukan anak-anak je, kita pun boleh buat sama. Tersilap makan sikit, kembung perut. Tersalah makan sikit, naik gatal-gatal.

Kita cuba ya, ramai sebenarnya yang ada masalah dengan usus kan.

Sumber: Facebook Mazliana Mazlan







........
Komen: ........




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo