NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ronaldo dakwa hampir sertai Man City

Penyerang Portugal dan Manchester United, Cristiano Ronaldo menjalani latihan persiapan ke Piala Dunia di Cidade do Futebol dekat Oeiras, Portugal. - EPA

GDANSK: Penyerang Manchester United, Cristiano Ronaldo mendedahkan yang dirinya hampir mengikat kontrak bersama kelab seteru, Manchester City tahun lalu namun bekas pengurus The Red Devils, Alex Ferguson melarangnya. 

Ronaldo berkata, Ferguson memujuknya untuk menyertai semula United buat kali kedua di Old Trafford apabila dia berpindah dari Juventus pada Ogos 2021 dengan ikatan dua tahun, sebelum kembali ke kelab yang menyaksikan dia meraih trofi dari 2003 hingga 2009.

"Jujurnya, ia hampir berlaku... ia sesuatu yang mereka banyak katakan dan (pengurus Manchester City, Pep) Guardiola pada dua minggu lalu berkata, mereka berusaha keras untuk mendapatkan saya," kata Ronaldo dalam satu temubual.

"Namun seperti mana kamu tahu, sejarah saya adalah di Manchester United, perasaan dan jiwa kamu... membuat perubahan. Sudah tentu juga dengan Alex Ferguson. Saya terkejut... tetapi ia adalah satu keputusan yang dalam sedar. Kerana jiwa kamu bercakap dengan kuat pada detik itu."

Katanya, 'campur tangan' Ferguson sebenarnya membantu untuk dia membuat keputusan muktamad menyertai United semula.

"Saya fikir, itu adalah faktornya. Ia adalah sesuatu yang berbeza pada detik itu tetapi saya tidak perlu menjadi setia sekiranya saya mahu, saya tidak akan kata yang Manchester City tidak begitu hampir," kata Ronaldo.

"Saya bercakap dengannya (Ferguson)... dia berkata kepada saya, adalah mustahil untuk saya ke Manchester City. Saya kata, 'OK boss'. Jadi saya mengambil keputusan itu dan... ia satu keputusan yang baik."

Dalam satu petikan temubual yang disiarkan pada Ahad, Ronaldo berkata, United mengkhianatinya dan mendakwa dirinya dipaksa keluar daripada kelab berkenaan.

Penyerang Portugal itu juga berkata, United tidak memberikan sokongan apabila anaknya dibawa ke hospital pada Julai lalu, meraguinya dan kurang menunjukkan rasa simpati apabila dia tidak tiba pada waktunya ketika latihan pra musim. 

Isnin lalu, United berkata, mereka akan menyiasat komen dikeluarkan Ronaldo yang dia berasa dikhianati kelab dan dipaksa keluar hanya selepas membuktikan fakta penuh. - Reuters







............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo