KUALA LUMPUR: Bekas Ketua UMNO Bahagian Labuan yang juga calon Perikatan Nasional (PN) Datuk Suhaili Abd Rahman menang di kerusi Parlimen Labuan dengan majoriti tipis 708 undi.
Bekas Ahli Parlimen Labuan dari tahun 1999 hingga 2008 itu menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Bashir Alias dengan 7,416 undi.
Manakala penyandang kerusi Parlimen Labuan yang juga calon Warisan Datuk Rozman Isli pula hanya mendapat 7,310 undi.
Sementara calon Pakatan Harapan, Dr Ramli Tahir hanya mendapat 5,307 undi; Calon Parti Bangsa Malaysia (PBM) Dayang Rusimah hanya mendapat 202 undi selain Ramle Mat Daly, 90 undi.
Bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), pengundi berdaftar yang layak mengundi di Parlimen Labuan ialah 44,484 orang.
Manakala peratus keluar mengundi bagi Parlimen Labuan pada PRU15 ialah 63.95 peratus.
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment