KOTA BHARU: Nama bekas ahli Parlimen Tumpat Dato’ Che Abdullah Mat Nawi bermasalah ketika diangkat kepada Majlis Syura Ulamak ketika tapisan dibuat.
Setiausaha Badan Perhubungan PAS negeri, Wan Roslan Wan Hamat berkata, memandangkan nama bekas ahli parlimen terbabit tidak dapat dipertahankan menyebabkan nama baharu diangkat.
Ekoran itu katanya kepimpinan PAS negeri mencadangkan nama baru sebagaimana yang diumumkan malam tadi di Dataran Warisan.
“Kita cari calon baharu di Tumpat dan dilulus Majlis Syura Ulamak. Dato’ Mumtaz Md Nawi seorang anak tempatan Tumpat yang rajin bekerja dan berinovasi serta kreatif,” katanya di sini.
Wan Roslan yang juga anggota Exco kerajaan negeri berkata, dalam perjuangan seseorang itu perlu melihat sejarah yang berlaku sebelum membuat keputusan untuk menyertainya.
Bagaimanapun menurutnya adalah menjadi hak seseorang itu membuat pilihan, namun perlu ingat sebelum ini orang yang sama menentang keras Umno dan BN kerana terpalit dengan rasuah dan penyelewengan.
Oleh itu beliau bimbang bekas ahli parlimen Tumpat yang disebut bertanding atas tiket BN menyimpang dengan apa yang diiperjuangkan selama ini.
“Kami yakin rakyat Tumpat mampu membuat pilihan terbaik pada 19 November ini memilih pemimpin yang istiqamah. Lagi pun PERIKATAN NASIONAL memberi tawaran yang terbaik kepada rakyat bagi mewujudkan kerajaan bersih dan bebas rasuah,” katanya. – HARAKAHDAILY 3/11/2022
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment