LIPIS - Pengundi diingatkan agar tidak memilih parti yang dianggap telah mengkhianati kepercayaan rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, pengundi perlu bijak supaya tidak memperjudikan nasib dan tertipu buat kali kedua
Menurutnya, slogan-slogan yang dimomokkan kepada pengundi kali ini seperti 'ini kalilah' dan 'Jom Ubah' ternyata hanya slogan semata-mata.
"Slogan itu sebenarnya tidak dapat diterjemah wakil rakyat Pakatan Harapan (PH) kepada perkhidmatan yang berkualiti dan sempurna untuk rakyat," katanya.
Beliau yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar berkata demikian pada sidang media pada Program Salam Desa@KPLB di sini pada Rabu.
Abdul Rahman berkata, sepanjang tempoh pemerintahan PH selama 22 bulan, banyak janji-janji yang tidak dilaksanakan malah manifesto tidak ditunaikan serta dianggap 'bukan kitab suci' ternyata menyerlahkan pakatan itu sebagai sebuah kerajaan yang gagal.
"Janji-janji bulan dan bintang seperti menurunkan harga minyak, menghapuskan tol, Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan sebagainya hanya tinggal janji," katanya.
Sementara itu beliau berkata, Perikatan Nasional (PN) pula semasa 17 bulan pemerintahan Tan Sri Muhyiddin Yassin hanya mampu mengisytiharkan darurat serta menggunakan perbelanjaan yang besar untuk negara tanpa ada proses semak dan imbang di Parlimen.
"Setelah kerajaan diambil alih Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob barulah situasi negara ditukar daripada pandemik kepada endemik sekali gus berjaya memulihkan ekonomi dan pelabur-pelabur luar mula kembali melabur di negara ini.
"Maknanya, kerajaan BN terbukti mampu untuk memerintah dan dapat memastikan negara kembali bangkit seterusnya mampu memastikan kemakmuran untuk rakyat negara ini," ujarnya.
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment