NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Rafizi elak jawab kes rasuah terowong Guan Eng tapi sibuk isu lain


Sudah lebih dua bulan Rafizi Ramli berjanji untuk menjawab cabaran dibuat Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Puad Zarkashi, namun sehingga sekarang Timbalan Presiden PKR itu masih berdiam diri.

“Pada 3 September 2022 Rafizi kata, dia akan jawab cabaran saya mengenai isu terowong Pulau Pinang yang masih ghaib hingga ke hari ini,” kata Puad memberi peringatan kata calon Pakatan Harapan Parlimen Pandan bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) hari ini.

Menurutnya sejak berjanji menjawab persoalan itu hingga sekarang Rafizi masih berdiam, malah sebelum ini dengan angkuh berkata beliau mendapat bola tanggung.

“Sekarang sudah masuk dua bulan. Masih tak jawab juga. Dia dengan angkuh kata, saya bagi bola tanggung. Jawablah. Dia sibuk isu LCS (kapal tempur pesisir pantai) yang tidak laku di PRU-15 ini.

Puad yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri Johor berkata walaupun Pengerusi DAP, Lim Guan Eng sudah didakwa, tetapi rakyat ingin tahu bagaimana terowong itu ghaib.

“Projek kapal LCS lewat Rafizi bising. Terowong ghaib dia senyap. Penghantaran kapal pertama lewat dari tarikh asal pada April 2019.

“Kelewatan itu tambah parah kerana projek itu dibekukan oleh Kerajaan PH. Tetapi LCS tidak ghaib macam terowong,” kata Puas lagi.

Rafizi sebelum ini menggunakan pelbagai taktik, termasuk bermain ‘politik persepsi’ dalam membuat tuduhan terhadap pemimpin parti lawan supaya rakyat mempercayai apa yang didedahkannya.

Bagaimanapun, apa yang didedahkannya hanya ‘cakap kosong’ yang sekadar digunakan untuk menarik perhatian pengundi menyokong PH dan dirinya.

Rafizi juga sebelum ini gagal menjelaskan secara tuntas beberapa persoalan yang dibangkitkan berhubung kekayaannya yang mencecah lebih RM18.8 juta, sedangkan hanya baharu beberapa tahun menceburi perniagaan dan politik.

Difahamkan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuka kertas siasatan untuk menyiasat Rafizi, yang kemungkinan terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram. AD

....
https://mediafastaqim.com



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo