NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Rafizi di kementerian kanan?


Kuala Lumpur:
Kabinet bersaiz kecil dan berimpak tinggi bakal diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dijangka pada minggu depan.

Rasional pengecilan Kabinet ini antara lain bagi memberi keutamaan kepada situasi ekonomi dunia yang tidak menentu pada tahun depan.

Pemerhati politik juga berpandangan bahawa saiz menteri Kabinet yang lebih kecil dapat memberi fokus kepada permasalahan rakyat di samping mengurangkan perbelanjaan kerajaan secara keseluruhan.

Pada masa sama, pemerhati politik berpandangan bahawa strategis Pakatan Harapan (PH) yang juga Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Rafizi Ramli dijangka ditempatkan di kementerian kanan.

Selain itu, sekurang-kurangnya lima menteri akan dilantik dalam kalangan ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang juga bakal mengisi kementerian kanan.

Tidak ketinggalan, ahli Parlimen Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang juga dijangka mengisi beberapa kementerian sama ada sebagai menteri atau timbalan menteri.

Paling ketara, selain jawatan Timbalan Perdana Menteri, Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan pula disebut-sebut menjawat jawatan Menteri Pembangunan Luar Bandar.

Tidak ketinggalan, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke pula berkemungkinan besar akan kembali kepada portfolio Kementerian Pengangkutan manakala ahli Parlimen Bentong iaitu Young Syefura Othman akan dilantik sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Khamis lalu memaklumkan bahawa Kerajaan Perpaduan yang diterajuinya akan memiliki saiz Kabinet yang lebih kecil. Pengerusi PH itu berkata, pihaknya juga akan mengusulkan supaya gaji menteri dalam Kabinet kerajaan perpaduan nanti dikurangkan susulan perkembangan situasi ekonomi kini.

"Saiz Kabinet kecil dan saya minta supaya ahli Kabinet baharu bersetuju dengan usul saya untuk kurangkan gaji mereka.

"Tapi, ini dalam proses perbincangan dan persiapan," katanya pada sidang media, Khamis lalu.

Sementara itu, Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Majlis Profesor Negara (MPN), Profesor Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berkata, kabinet bersaiz kompak ini memudahkan Perdana Menteri untuk memantau prestasi setiap ahli Kabinet yang dilantik.

"Pada masa sama, ia juga dapat menjimatkan kos perbelanjaan kerajaan dan paling utama adalah Kabinet yang mampu melaksanakan tugas dengan berkesan.

"Mungkin akan berlaku penggabungan beberapa kementerian seperti Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pengajian Tinggi akan digabungkan dengan hanya satu menteri bersama dua timbalan," katanya.

Mengulas berhubung jumlah, beliau berkata, ia bergantung kepada keperluan semasa mungkin pengecilan ini hanya memperlihatkan 30 hingga 40 keanggotaan saja berbanding saiz Kabinet yang besar seperti 60 hingga 70 menteri bersama timbalan.

"Apa yang penting, bukan jumlah kementerian, tetapi kewibawaan dan kecekapan dalam memberikan khidmat terbaik kepada rakyat keseluruhannya," katanya.







........
Komen: ........




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo