NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Qatar bukan sekadar anjur Piala Dunia


DOHA:
Menjelang zohor, muazin di seluruh Qatar melaungkan azan untuk menyeru pemain bola sepak Muslim, penyokong dan pegawai hadir menunaikan solat Jumaat pertama bagi Piala Dunia di sebuah negara berteraskan Islam.

Di Masjid Ibrahim al-Khalil yang terletak di Teluk Barat Doha - yang mempunyai menara tinggi dan pintu ukiran - mereka berkumpul untuk menunaikan kewajiban bagi seseorang yang bergelar Muslim.

Antara penyokong yang hadir adalah dari Tunisia, Oman dan India; pegawai FIFA lengkap beruniform; kanak-kanak berjersi Perancis dan ratusan lelaki dan wanita dari blok dan hotel berdekatan.

Mungkin ia sesuatu yang asing bagi 'pesta' bola sepak sebelum ini namun bagi peminat Muslim, Piala Dunia Qatar menyediakan sesuatu yang istimewa buat mereka - dengan adanya bilik solat di stadium, gerai makanan halal dan tiada penyokong yang meminum arak kerana larangan alkohol di stadium.

"Saya hadir ke sebuah negara Islam untuk menghadiri solat Jumaat... sesuatu yang menggembirakan saya dalam kejohanan ini," kata seorang penyokong dari Mesir, Yousef al Idbari.

Sebelum ini, agama Islam ditampilkan di sepanjang minggu pertama kejohanan dengan bacaan Al-Quran pada upacara pembukaan dan terjemahan bahasa Inggeris bagi ucapan dan ajaran nabi Muhammad SAW yang disiarkan di seluruh Doha.

Seorang peminat tegar bola sepak dari Afrika Selatan, Ridwaan Goolam Hoosen, kebiasaannya dia perlu mencari tempat di luar stadium untuk menunaikan solat termasuk di Piala Dunia 2010 di negaranya sendiri.

"Kamu perlu keluar dan terlepas menyaksikan jaringan atau tidak dapat menyaksikan seseorang pemain diarah keluar padang," katanya. "Rasanya Piala Dunia ini seolah-olah untuk saya, ia bersesuaian dengan saya... ini adalah kali pertama seumpamanya," kata Goolam. - REUTERS.







........
Komen: ........




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo