NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pusat pemindahan pertama, mangsa banjir dibuka di Segamat

Keadaan Kampung Seberang Batu yang digenangi bah. - Foto NSTP/Ahmad Ismail

SEGAMAT: Segamat mula dilanda banjir apabila sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di Balai Raya Gemereh 4 Batu Badak, Segamat, dekat sini, dibuka pada jam 8 pagi tadi.

Jurucakap Pengurusan Bencana Daerah, berkata PPS berkenaan menempatkan 17 mangsa daripada lima keluarga adalah yang pertama dibuka di daerah itu apabila air melimpah ke kawasan penempatan penduduk.

"PPS pertama itu dibuka berikutan kawasan yang terjejas melanda Kampung Seberang Batu Badak, Segamat. Setakat ini kita memindahkan 17 mangsa.

"Berlaku limpahan air di Sungai Muar Segamat. Bagaimanapun, pemantauan berterusan akan dijalankan oleh agensi berkaitan dari semasa ke semasa," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.



Sumber I BH Online



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo