NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Puluhan pelajar sekolah dimasukkan ke hospital akibat terhidu wap toksik

Polis berkata asap tebal daripada produk getah yang dibuang dan dibakar di tanah bersebelahan menyelubungi beberapa bilik darjah. -Gambar hiasan

COLOMBO: Berpuluh-puluh pelajar di sebuah sekolah di pinggir bandar Colombo, Sri Lanka dimasukan ke hospital pada Rabu selepas terdedah kepada wap toksik, kata polis.
Pelajar berkenaan dihantar ke unit rawatan awal hospital tempatan selepas pengsan, lapor Xinhua.
Polis berkata asap tebal daripada produk getah yang dibuang dan dibakar di tanah bersebelahan menyelubungi beberapa bilik darjah.
Guru dengan bantuan kakitangan hospital kemudiannya membawa pelajar berkenaan ke hospital.
Polis berkata keadaan mereka yang dimasukkan ke hospital stabil dan pihaknya sedang mencari pihak yang bertanggungjawab membakar produk getah itu.

- BERNAMA 


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo