NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRU15: Ibu tak restu Nik Omar bertanding atas tiket Pakatan Haraapan


KOTA BHARU
- "Saya tidak pernah merestui mana-mana anak saya bertanding dalam mana-mana pilihan raya kecuali di atas tiket Pas," demikian tegas Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak.

Penegasan itu ditujukan kepada anaknya, Nik Omar Nik Abdul Aziz yang bertanding atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Parlimen Pasir Salak, Perak pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Al-Marhum Tuan Guru (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) dan saya telah mendidik anak-anak kami semenjak dari kecil lagi agar kekal istiqamah dengan perjuangan Islam bersama parti Pas," katanya menerusi satu poster dimuat naik laman Facebook Parti Islam Se-Malaysia (Pas) Pusat, pada Rabu.

Pada PRU15, Nik Omar bakal berdepan tentangan dari Zairol Hizam Zakaria (GTA), Jamaludin Yahya (PN) dan Khairul Azwan Harun (BN).

Sebelum ini, PRU14 lalu, Nik Omar bertanding atas tiket PKR di Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka.

Pada PRU itu, calon Pas Ahmad Fathan Mahmood menang dengan majoriti 3,474 menewaskan Nik Omar (PKR) dan Mohamad Fareez Noor Amran (BN).

Malah dia juga turun berkempen di kawasan itu bagi menyokong calon yang mewakili PAS, Ahmad Fathan Mahmood.

Selain tidak mendapat restu ibu, Nik Omar juga mendapat tentangan daripada adiknya sendiri, Nik Abduh yang ketika itu merupakan ahli jawatankuasa PAS pusat.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo