NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

'Poster boy' pun ada saham dalam kekalahan BN, kata Shahrir


Shahrir Samad hari ini membidas kenyataan Naib Presiden Umno, Ismail Sabri Yaakob, yang meminta Ahmad Zahid Hamidi berundur dari jawatan sebagai presiden parti itu ekoran kekalahan mereka pada pilihan raya umum (PRU) baru-baru ini.

Menurut veteran Umno itu tidak wajar untuk ahli parlimen Bera berkenaan menyalahkan Ahmad Zahid selepas apa yang berlaku pada 19 Nov lalu.

"Takkan apabila menang, jadi PM (perdana menteri). Apabila kalah, orang lain yang salah.

"Ismail Sabri adalah perdana menteri yang membubarkan Dewan Rakyat setelah membentangkan Bajet 2023 (yang tidak dibahas)," katanya.

Dalam tempoh di antara pembubaran parlimen itu juga, kata Shahrir, Ismail Sabri merupakan seorang perdana menteri sementara.

Bekas menteri itu juga mengingatkan Ismail Sabri merupakan poster boy BN dalam usaha mereka menghadapi PRU ke-15 dan dijanjikan untuk terus disokong menjadi perdana menteri jika mereka menang.

"Tapi BN kalah, dan Ismail Sabri meletakkan tanggungjawab itu sepenuhnya kepada Ahmad Zahid sebagai presiden Umno. Ambiklah sikit share (kongsi tanggungjawab)," katanya dalam tulisan di Facebook.

Dia berkata demikian ketika mengulas sebuah klip video tular di media sosial menunjukkan bagaimana Ismail Sabri meminta Ahmad Zahid mengambil kira pandangan ahli parlimen.

Katanya, ahli parlimen Bagan Datuk itu perlu bertanggungjawab atas kekalahan BN dalam PRU lalu.

Dia juga memberi contoh bahawa keputusan Najib Razak melepaskan jawatan presiden Umno setelah BN kalah pada PRU ke-14.

Kata Shahrir kedudukan Ahmad Zahid kini berbeza dengan Najib kerana pada 2018 Najib bukan saja presiden Umno malah perdana menteri.

"Pada PRU ke-15, Ahmad Zahid ialah presiden dan Ismail Sabri adalah perdana menteri.

"Mengapa hanya presiden Umno yang kena 'besar hati' menerima tanggungjawab parti kalah?

"Kalau pun Ismail Sabri yang berjawatan perdana menteri dan berkedudukan poster boy tidak langsung ada impak dalam PRU ke-15 ini hinggakan BN kalah, tapi tetap Ismail Sabri 'ada saham' dalam prestasi BN juga," katanya.



Komen: .Ayat paling ringkat UMNO dah tak releven lagi untuk Rakyat Malaysia



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo