KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan wujud aktiviti menjual cecair rokok elektronik (vape) yang mengandungi dadah secara terbuka.
Setiausaha PDRM Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata tindakan membanteras kegiatan itu telah dan sedang diambil PDRM.
Beliau berkata ia termasuk kejayaan menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah dalam bentuk cecair vape di sekitar Lembah Klang pada bulan lepas dengan sitaan dadah dan harta bernilai RM3.47 juta serta menahan tujuh suspek.
"PDRM serius dalam pembanterasan segala kegiatan melibatkan pengedaran dan penyalahgunaan dadah dan tindakan tegas akan dikenakan kepada mana-mana pihak yang terlibat dalam apa jua kegiatan melibatkan bahan larangan ini," katanya dalam kenyataan malam ini.
Hari ini, media tempatan melaporkan vape yang mengandungi dadah dijual secara berleluasa dalam talian dan dipasarkan secara terang-terangan kepada pengguna.
- BERNAMA
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment