KUANTAN: Perikatan Nasional (PN) mengumumkan Nor Idayu Hashim sebagai calon baharu bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman.
Pengerusi PN Pahang, Datuk Seri Saifuddin Abdullah, berkata parti itu akan bertanding di DUN Tioman dengan mengekalkan calon PN daripada PAS.
"Saya telah menerima surat daripada Pesuruhjaya PAS Pahang Rosli Abdul Jabar mengenai calon yang dimaksudkan.
"Calon yang dipilih Nor Idayu Hashim, 35. Nor Idayu dipilih daripada kalangan pimpinan akar umbi bagi mewakili suara wanita di dalam DUN Pahang.
"Nor Idayu juga seorang muslimat di kalangan pemimpin wanita tempatan dan orang muda yang berupaya menyelami isi hati akar umbi," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Pada 19 November lalu, Md Yunus Ramli iaitu calon PN bagi DUN Tioman meninggal dunia dipercayai mengalami serangan jantung.
Berikutan itu, pengundian bagi kerusi DUN Tioman pada PRU15 pada 19 November itu ditangguhkan.
Pada PRU15, Allahyarham Md Yunus sepatutnya menghadapi saingan lima penjuru yang turut membabitkan calon daripada Barisan Nasional, Datuk Seri Mohd Johari Hussain, Mohd Fadzli Mohd Ramly (Pakatan Harapan), Osman A Bakar (PEJUANG) serta Sulaiman Bakar (Bebas).
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan hari penamaan calon ditetapkan esok, sementara pengundian awal pada 3 Disember depan manakala hari pengundian PRU15 bagi kerusi DUN Tioman pada 7 Disember depan.
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment