NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PN tidak menjadi Kerajaan Pusat, hikmahnya disebaliknya

Alhamdulillah syukur kepada Allah yang maha berkuasa atas menentukan segala perjalanan hidup kita di dunia ini. Semua yang berlaku, adalah atas kehendakNya. Samada suka atau tidak, ia pasti berlaku. Ia bukan kerana kemahuan kita, tetapi takdir ketentuan Allah jua. Sudah seminggu kita selesai memilih kerajaan Malaysia. Dalam kekalutan, tiba-tiba, kita telah ditentukan Allah yang Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada akhirnya, telah dipilih oleh YDPA sebagai PM Malaysia ke-10.

Sebagai seorang pejuang Islam, kita menerima kekalahan dengan hati terbuka, walaupun rasa tidak berpuashati itu, sebagai manusia, tetap akan ada, kerana itu sikap semulajadi. Untuk itu, Islam mengajar kita bahawa, kejar akhirat dengan bersungguh-sungguh manakala hal dunia, jika tidak perolehi, tidak perlulah ditangisi, teruskan perjalanan. Cara untuk memujuk hati, ialah melihat dari sudut positif untuk hal ini. Ada hikmah disebalik setiap kejadian.

Antara hikmah yang dapat kita lihat ialah, rupanya masih ramai rakyat Malaysia yang cintakan agama dan bangsa. Paling mengejutkan ialah pengundi pertama kali yang majoritinya memilih PN. Ini satu petanda yang baik. Mereka tidak terpengaruh dengan fitnah-fitnah PH di Twitter. Sebaliknya mahu mengetahui kebenaran dan mereka menjumpainya bersama PN.

Ekonomi dikatakan akan meledak dengan terpilihnya DS Anwar sebagai PM. Kita melihat betapa kaum bukan Melayulah yang paling bergembira dengan hal ini. Membuktikan bahawa, DS Anwar sememangnya disukai oleh golongan itu. Tidak tertolak kemungkinan kita akan melihat perkembangan ekonomi dengan bantuan kaum-kaum ini nanti, kerana mahu menjaga PM-10 yang mereka kasihi itu kerana kecenderungan beliau.

Golongan liberal, LGBT, bangsa dan agama lain, mula membuat tuntutan mereka. Sebagaimana yang dimaklumkan, mereka inilah pendokong kepada PH kerana pecahan undi Melayu kepada mereka hanya sedikit. Ia tidak banyak beza dengan kejadian di tahun 2018 dahulu.

Ulamak dan Sultan, semakin dihina dan dikeji, bukti jelas golongan penyokong PH ialah kumpulan anti Melayu dan agama. Mana mungkin PH menafikan mereka penanam kebencian agama dan bangsa apabila kemenangan mereka disambut dengan maki hamun terhadap alim ulamak dan raja. Masih ingat lagikah Menteri Agama, Dr Zulkifli dahulu dihina, walau tidak berparti. YDPA dimaki kerana dikatakan lambat melaksanakan upacara perlantikan PM mereka pada masa itu. Sekarang, ulangan yang sama.

Sedang mereka menafikan mereka adalah pelaku fitnah ketika berkempen, ayam sabung mereka, Superman dari DAP, ditangkap pihak Polis bagi siasatan terhadap ucapan kebencian. Bagaimana mereka mahu menafikan dakwaan Islamofobia oleh Presiden PAS, mereka cerita tentang Taliban. Begitu juga dengan dakwaan komunis oleh Tuan Guru yang sehingga kini, tiada jawapan.

Dengan PN tidak menjadi Kerajaan Pusat ini juga, pasti kita dapat menyaksikan laporan kepada pihak berkuasa akan salah laku bekas Menteri Alam Sekitar dalam meluluskan kontrak sewaktu beliau dalam ‘caretaker government’. Itu adalah kenyataan Rafizi sendiri. Jadi kita akan tunggu.

Dalam manafaat yang lebih besar lagi, kita sekarang dapat menyaksikan ahli BN dan PH belajar mengenai walak. Kini mereka dengan taat, tidak berbelah bahagi, menerima teman baharu mereka dalam gabungan politik, iaitu PKR, DAP dan Pan. Ludahan mereka terhadap PAS dahulu, kini dijilat kembali. Yang berbeza, PAS memutuskan mengikut keputusan ulamak yang mengkaji menurut al-Quran dan hadis, ijmak serta kias, tetapi mereka, kerana jawatan dan ketakutan hukuman mahkamah.

Kita semua juga melihat, lakonan yang begitu berkesan oleh PM kita dalam hal kezuhudan dunia dengan menolak kenderaan baharu, sebagai umpan penampilan sulung sebagai PM. Amat berbeza watak PM kita, sebagaimana yang pernah didedahkan oleh Faekah Hussain, sewaktu menjadi penasihat ekonomi Selangor, gaji Anwar memang rendah, tetapi elaunnya berjuta telah dibaham.

Pastinya adegan mahkamah, akan menjadi isu yang paling epik dalam sejarah pemerintahan PM kita kali ini. Mungkinkah akan berlaku pembebasan tertuduh seperti PH lakukan pada sekitar 2018-2022 dahulu? Kita nantikan bersama-sama. Waktu ini, kita boleh melihat pasaran saham jatuh atau tidak. Adakah pelabur asing meyakini tindakan kerajaan yang membebaskan perasuah. Dan ini juga peluang Anwar untuk membersihkan dirinya dari pertuduhan mahkamah yang sejak dahulu beliau nafikan.

Banyak lagi yang boleh kita lihat sebagai hikmah PN tidak menguasai pusat untuk waktu ini. Dalam kalangan kita juga, dapat kita kenali rakan-rakan yang menyokong PH, berpura-pura di hadapan kita dahulu. Sentiasa kita bersyukur dengan takdir Allah, maka hati kita akan rasa tenang melihat bagaimana ia akan dilaksanakan. Walau bagaimanapun, tidaklah kita akan hanya berdiam diri sahaja dengan pemerintahan mereka. Kita akan menyerang jika perlu, terutama apabila Islam digugat. 

Dan serangan terbaru Presiden PAS kepada mereka sangat mengesankan. Marah betul mereka semua.

Mohd Nasir Abdullah
29 November 2022

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo