NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PN sabotaj diri sendiri di Sabah, Sarawak, kata penganalisis


PETALING JAYA:
Penganalisis politik berkata Perikatan Nasional (PN) mensabotaj parti sendiri susulan tindakan meletakkan calon di Sabah dan Sarawak.

Felo Majlis Profesor Negara (MPN) Jeniri Amir, berkata keputusan PN bertanding di Malaysia Timur hanya akan menjejaskan hubungannya dengan gabungan pemerintah di kedua-dua wilayah itu, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

PN mencalonkan Ronald Kiandee di Beluran, sekali gus melanggar perjanjian GRS dengan Barisan Nasional (BN) Sabah. Gabungan itu juga bertembung di Sarawak di kawasan Batang Lupar, Lubok Antu, Saratok dan Bintulu.

“Mereka melakukan kesilapan besar bertanding di Sabah dan Sarawak. Sekiranya anda mahu bekerjasama dengan GRS dan GPS, anda jangan masuk Sabah dan Sarawak,” katanya kepada FMT.

“PN menghantar isyarat bahawa mereka tidak dapat dipercayai dan tidak menghormati pimpinan dalam GRS dan GPS.”

Jeniri berkata, kerjasama dengan GRS dan GPS tidak dapat dielakkan memandangkan tiada parti mampu membentuk kerajaan pusat bersendirian.

“Mengambil kira perkara itu, mereka sudah membuat sabotaj kepada diri sendiri sekiranya berharap membentuk kerajaan.”

Katanya, sudah terlalu lewat bagi PN menarik balik kerosakan yang sudah dilakukan dengan bertanding di Sabah dan Sarawak. Beliau juga berkata, tindakan itu hanya menjadikan GRS dan GPS semakin dekat dengan BN.

Di Sabah, BN bekerjasama dengan GRS, manakala gabungan itu tidak masuk bertanding di Sarawak.

Dalam pada itu, Oh Ei Sun dari Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura, berkata keputusan PN bertanding di Sabah dan Sarawak tidak memberi kesan kerana parti berkenaan tidak mampu memenangi cukup kerusi membentuk gabungan pemerintahan selepas pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

“Parti itu hanya boleh berharap menjadi satu daripada parti kecil atau gabungan yang dipelawa menyertai gabungan pemerintahan.”

Oh berkata, bagaimanapun, PN memerlukan sesuatu yang boleh ditawarkan untuk dipelawa menjadi sebahagian gabungan pemerintahan dan menjadi sebab mengapa gabungan itu bertungkus lumus menentang kawan dan lawan untuk menang sebanyak mungkin kerusi.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo