NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PN perlu menang dua pertiga untuk pinda kawasan PRU - Hadi


Perikatan Nasional (PN) perlu menang dengan majoriti dua pertiga dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) bagi membolehkan persempadanan pilihan raya di beberapa negeri dapat dilakukan.

Timbalan Pengerusi PN, Abdul Hadi Awang, berkata banyak kawasan di Kelantan, Terengganu dan Kedah yang kerusi Parlimen melebihi 100,000 pengundi.

Oleh sebab itu katanya, PAS perlu bekerjasama dengan Bersatu dan Umno untuk memenangi majoriti dua pertiga, namunnya malangnya Umno meletakkan syarat yang tidak boleh diterima PAS.

"Cukup majoriti dua pertiga kita boleh pinda kawasan pilihan raya kerana kawasan pilihan raya ini dah mengarut, di Kelantan, Terengganu dan Kedah satu Parlimen ada 100,000.

"Tumpat 140,000 pengundi. Ada pengundi Perak, Johor, Selangor satu tempat pengundi 40,000 dan 30,000 dia banyakkan kerusi dan campur pengundi bukan Islam kerana pada pandangan dia Cina, India sokong dia selama-lamanya.

"Ini berlaku di Sabah, Sarawak satu Parlimen 10,000. Kelantan, Terengganu, Kedah 100,000. Rakyat ramai dan kerusi sikit kurang jumlah (kerusi) kita kena baiki dan nak baiki (jumlah kerusi) kena dapat dua pertiga," katanya ketika berucap di Bachok, malam tadi.

Abdul Hadi yang juga Presiden PAS berkata, Umno meletakkan syarat supaya parti itu meninggalkan Bersatu jika mahu bekerjasama bagi menghadapi PRU-15.

Bagaimanapun PAS menolak kerana beranggapan ketiga-tiga parti berkenaan perlu sepakat jika ingin memenangi PRU-15 dengan majoriti dua pertiga.

"Kalau hendak menang dua pertiga mesti gabung PAS, Umno, Bersatu termasuk Sarawak dan lain-lain barulah cukup dua pertiga.

"Dia (Umno) kata kami tak boleh terima Bersatu...Dan dia beri amaran PAS kena putus (tinggalkan) dengan Bersatu," katanya.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo