NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PN Perak belum putuskan ketua pembangkang



IPOH:
Perikatan Nasional (PN) Perak belum memutuskan siapakah akan mengepalai ketua pembangkang negeri itu selepas ini.

Timbalan Pengerusi PN 1 Perak, Razman Zakaria berkata, segala keputusan berkenaan akan dibuat dalam mesyuarat pada satu tarikh yang diputuskan kelak.

"Kita tak tahu (ketua pembangkang Perak). Biarlah mesyuarat akan menentukan nanti," ujarnya ringkas ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.

Ditanya sama ada wakil PN atau Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dipilih sebagai ketua pembangkang, Razman juga menyerahkan kepada mesyuarat pucuk pimpinan.

Sementara itu, diminta mengulas gabungan BN dan Pakatan Harapan (PH) yang membentuk kerajaan negeri Perak semalam, Razman menyatakan mereka tetap berpegang kepada prinsip perjuangan.

"Terpulang kepada UMNO yang bergabung dengan PH, kami tetap ada prinsip," katanya.

Keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang diumum pada Sabtu menyaksikan PH berjaya memenangi 24 kerusi dan BN sembilan kerusi manakala Perikatan Nasional (PN) mendapat 26 kerusi.

Selepas PRU14 lalu, pentadbiran kerajaan Perak yang diwakili 59 kerusi DUN telah bertukar sebanyak tiga kali. -Sinar Harian



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo