Isu klien tidak lagi membeli iklan baru selepas pengambil-alihan Twitter oleh Elon Musk bukanlah sesuatu yang baru. Tetapi untuk mereka yang masih lagi menggunakan platform media sosial tersebut untuk memasarkan produk dan perkhidmatan mereka, syarikat-syarikat ini menghadapi satu masalah baru.
Salah satu langkah Elon Musk untuk mengurangkan kos operasi syarikat tersebut ialah untuk memecat sejumlah besar pekerja syarikat tersebut dari bahagian operasi dan juga pemasaran. Masalah yang dihadapi oleh klien Twitter sekarang nampaknya ialah mereka tidak lagi mempunyai individu di Twitter yang boleh dihubungi sekiranya mereka menghadapi sebarang masalah.
Ini adalah kerana untuk sejumlah pengiklan ini, mereka sedang menghadapi masalah dengan platform pengiklanan di Twitter, dimana ia adalah sukar untuk mereka memulakan kempen iklan yang baru. Mengeruhkan keadaan lagi ialah seperti yang dikatakan, Twitter nampaknya menghadapi kesukaran dari segi tenaga kerja untuk menjawab pertanyaan klien-klien tersebut.
Bukan itu sahaja, Twitter juga nampaknya akan menghadapi kesukaran dari segi memperbaiki sistem iklan mereka kerana kekurangan tenaga kerja pengaturcara dan jurutera perisian juga.
No comments
Post a Comment