Rashford meraikan jaringan bersama rakan sepasukan ketika England berdepan Wales dalam perlawanan Kumpulan B Piala Dunia Qatar 2022 di Stadium Ahmad bin Ali. - Foto EPA |
NAIB juara Euro 2020, England mengesahkan kemaraan ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia Qatar 2022 sebagai juara Kumpulan B selepas menewaskan Wales 3-0 pada Rabu.
Bagaimanapun pada perlawanan di Stadium Ahmad bin Ali tersebut, The Three Lions kendalian Gareth Southgate terpaksa menunggu separuh masa kedua untuk merobek pertahanan kental pasukan Wales.
Dua gol Marcus Rashford (50', 68') dan jaringan Phil Foden (51') menyaksikan England mengakhiri perjalanan kempen Wales, yang memerlukan kemenangan empat gol untuk mara ke pusingan kalah mati.
Kemenangan tersebut menyaksikan England akan berdepan cabaran pasukan Afrika, Senegal yang muncul naib juara Kumpulan B sebelum itu.
"Ia satu perasaan yang hebat. Kami agak kecewa selepas keputusan berdepan Amerika Syarikat dan adalah penting untuk menunjukkan prestasi yang baik pada perlawanan seterusnya.
"Perlawanan ini lebih kepada mengenai membunuh perlawanan lebih awal dan kami mengambil sepenuh peluang tersebut sebaik mungkin...," kata Rashford.
Dua gol tonggak Manchester United, yang tempatnya dalam skuad The Three Lions tidak menentu beberapa bulan lalu berikutan prestasi dan kecederaan, kini menjadi penjaring terbanyak Qatar 2022 dengan tiga gol bersama Kylian Mbappe (Perancis), Enner Valencia (Ecuador) dan Cody Gakpo (Belanda).
Sumber I Sinar Harian
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment