NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PH pertahan kerusi Puchong dengan majoriti 57,957 undi


PUCHONG:
Pakatan Harapan (PH) terus mempertahankan kerusi Parlimen Puchong dengan majoriti 57,957 undi melalui calonnya, Yeo Bee Yin dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Bee Yin menang bergaya dengan 79,425 jumlah undi sekali gus mengetepikan tiga pencabarnya yang lain.

Ini merupakan kemenangan kali keempat berturut-turut PH di kerusi Parlimen Puchong sejak 2008.

Kemenangan penyandang kerusi Parlimen Bakri itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Parlimen Puchong, Mohd Zulkurnain Che Ali di Pusat Penjumlahan Undi di Dewan MBSJ Puchong Indah di sini, malam ini.

Sementara itu, calon Barisan Nasional, Datuk Seri Syed Ibrahim Kader yang tewas di kerusi Parlimen Puchong menerima 21,468 undi diikuti calon Perikatan Nasional, Chew Jyh Gang dengan 18,263 undi manakala calon Bebas, Kuan Chee Heng atau Uncle Kentang hanya mendapat 1,793 undi.

Seramai 152,861 pemilih berdaftar di Parlimen Puchong pada PRU15 dengan jumlah undian sebanyak 120,949 undian atau 80.1 peratus.

Pada PRU14, kerusi Parlimen Puchong dimenangi Gobind Singh Deo dari DAP dengan majoriti 47,635 undi menewaskan Ang Chin Tat (BN-MCA) yang mendapat 12,794 undi dan Mohamad Rosharizan (PAS) dengan 10,255 undi. – UTUSAN




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo