SHAH ALAM, 27 Nov (Bernama) -- Polis telah menahan seorang lelaki warga Bangaladesh di Klang semalam selepas dipercayai memasang Jalur Gemilang secara terbalik di luar rumahnya.
Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP S. Vijaya Rao berkata pihaknya menerima laporan mengenai perbuatan suspek berusia 30-an itu pada kira-kira 12.40 tengah hari.
Beliau berkata pengerusi komuniti penduduk telah cuba menasihati suspek namun dia bertindak melawan dan membuat provokasi selain enggan membetulkan kedudukan bendera itu.
"Bertindak atas maklumat, sepasukan pegawai dan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara menangkap suspek yang bekerja sebagai operator pengeluaran di sebuah kilang plastik sekitar Klang," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Vijaya Rao berkata suspek direman tiga hari dan disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998.
"Pihak polis menasihati orang ramai supaya sentiasa menjaga kedaulatan dan keamanan negara... tindakan tegas akan diambil mengikut undang-undang sedia ada jika masih ada yang dikesan melakukan perbuatan sebegini," katanya.
-- BERNAMA
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment