NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PH dan PN patut runding dulu, bukan melutut kepada parti kalah


KUALA LUMPUR:
Parti yang kalah tidak wajar rmenjadi pencipta kuasa (king maker) sepertimana yang berlaku di Perak dengan mengangkat Datuk Seri Saarani Mohamad daripada Barisan Nasional (BN) sebagai Menteri Besar.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Speaker Dewan Negara, Tan Sri Rais Yatim berkata, malah perkara itu bertentangan dengan sistem demokrasi yang menekankan ‘undi terbanyak diperoleh, itulah ertinya pilihan raya’.

Demikian juga, kata beliau, untuk merungkai persoalan siapa Perdana Menteri Ke-10 yang sepatutnya kedua-dua parti memiliki kerusi terbanyak iaitu Pakatan Harapan (PH) dan perikatan Nasional (PN) yang masin-masing memperoleh  82 sera 72 kerusi dipanggil untuk berunding sesama mereka.

“Prinsip demokrasi bermakna suara ramai mengatasi suara minoriti. Ini bermakna, kalau sesuatu parti itu kalah teruk dalam pilihan raya, waima apa pun parti itu tidak boleh dimasukkan dalam kuasa, mesti dalam kalangan parti yang berjaya. 

“Jadi maksudnya adalah antara PH dan PN perlu ada usaha terlebih dulu dibuat dan pihak berkuasa termasuk institusi diraja harus menimbang hal ini menerusi konsep demokrasi yang sihat.

“Nampak gaya sekarang satu pihak urut belakang BN, satu pihak lagi gosok bahunya. Apa ertinya menang dalam pilihan raya?

“Di Perak pula, PN dapat 26, PH dapat 24, yang menjadi Menteri Besar ialah Saarani. Parti yang kalah teruk pula jadi menteri besar. Di mana logiknya perkara ini? Jika ini lah keadaannya, lebih baik kalah dalam pilihanr aya, bila ada situasi Parlimen tergantung parti kalah menjadi juara,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) menyaksikan PH memenangi sebanyak 82 kerusi Palrimen sementara PN pula menguasai 73 Parlimen termasuk 22 kerusi dari Pas.

Selain itu, BN meraih sejumlah 30 kerusi Parlimen, Gabungan Parti Sarawak (GPS) pula menang 22 kerusi, Parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) (enam), Parti Warisan Sabah (Warisan) (tiga) dan calon Bebas (dua kerusi).

Parti Bangsa Malaysia (PBM), Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) masing-masing mendapat satu kerusi di Parlimen selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan keputusan terbaharu melibatkan Parlimen Kota Marudu.

Mengulas lanjut, dalam hal ini, jelas Rais lagi trend ini harus dihentikan selaras dengan sistem demokrasi yang sebenarnya iaitu yang mendapat undian terbanyak perlu menjadi pemerintah.

“Melihat perkara ini, ia tidak sihat demokrasinya bagi masa depan negara. Keadaan sekarang , PN dan PH tidak boleh berunding atas sesuatu sebab, jadi halnya adakah ia sudah dihalusi dalam konteks muafakat negara? Ia tidak seharusnya terlebih dahulu menjadikan penentu dalam hal ini adalah parti yang kalah.

 “Parti yang kalah itu tidak seharusnya diberi ruang untuk berkuasa seperti menjadi menteri besar, tetapi untuk sertai dalam hal hiliran seperti memegang jawatan dalam sesebuah jawatan kuasa, ia boleh diterima. Tetapi yang kalah menjadi menteri besar, ini bercanggah langsung dalam demokrasi di dunia,” katanya. – UTUSAN




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo