NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PH boleh menang ‘besar’ sekadar ramalan Rafizi, kata Hishammuddin

Hishammuddin Hussein berkata rakyat yang akan menentukan pemenang PRU15 pada 19 Nov ini.

TANGKAK: Hishammuddin Hussein menyifatkan jangkaan Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli bahawa Pakatan Harapan (PH) mampu memenangi sebahagian besar kerusi Parlimen, khasnya di Johor pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) sekadar ramalan.

Calon Barisan Nasional bagi Parlimen Sembrong itu berkata, rakyat yang akan menentukan pemenang PRU15 pada 19 Nov ini.

“Ramalan-ramalan Rafizi ini, saya nak ingatkan kadang-kadang bila menjadi, dia ambil kredit, (namun apabila) ramalan yang dia buat tak menjadi, orang lupa.

“(Sebelum ini, Presiden PKR) Anwar Ibrahim kata PH mampu menang 100 kerusi, kemudian Rafizi kata boleh menang 80 kerusi. Dia dan Anwar pun tidak nampak ada persefahaman,” katanya selepas berkempen dengan calon BN Parlimen Pagoh, Razali Ibrahim di Grisek di sini.

Semalam, Rafizi mendakwa PH yakin mampu menyapu bersih 11 kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan, selain memenangi 19 daripada 22 kerusi Parlimen di Selangor dan 13 hingga 15 kerusi di Johor.

Beliau berkata, pihaknya turut menjangkakan PH bakal melakukan kejutan besar di Negeri Sembilan dan bacaan itu diperoleh berdasarkan kajian Invoke Malaysia, dengan mengambil kira situasi semasa.

Ditanya sama ada Ismail Sabri Yaakob masih lagi calon perdana menteri BN, Hishammuddin menegaskan perkara itu sudah ditentukan parti.

“Bukan saya tentukan, dari dulu lagi parti sudah buat pendirian.


Sumber I FMT Malaysia 




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo