NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Permohonan undi pos Parlimen Padang Serai dibuka


KUALA LUMPUR: Permohonan bagi undi pos untuk Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) Parlimen Padang Serai dibuka mulai hari ini hingga Selasa depan.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Ikmalrudin Ishak, berkata untuk permohonan undi pos bagi Kategori 1A (Petugas Pilihan Raya, Ahli/Pegawai SPR, Anggota Polis, Anggota Tentera, dan Petugas Media), hendaklah memohon secara manual menggunakan Borang 1A yang dimuat turun dari portal rasmi SPR di https://www.spr.gov.my

Katanya, ia kemudian perlu dihantar ke Pejabat Pegawai Pengurus P.017 Padang Serai.

"Bagi permohonan undi pos kategori 1B (warganegara Malaysia yang berada di luar negara) dan Kategori 1C Agensi / Organisasi) dilaksanakan secara dalam talian.

"Untuk pertanyaan atau penjelasan lebih lanjut boleh hubungi Unit Pengurusan Undi Pos di talian 03-8892 7040," katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, SPR menetapkan pengundian PRU15 bagi kerusi Parlimen Padang Serai, ditunda kepada 7 Disember depan.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata, penamaan calon bagi PRU kerusi terbabit ditetapkan pada 24 November ini, sementara pengundian awal pada 3 Disember depan.

Urusan PRU bagi kerusi itu ditunda berikutan kematian seorang calonnya iaitu dari Pakatan Harapan (PH), M Karupaiya, yang juga bekas Ahli Parlimen kawasan berkenaan.

Pada hari penamaan calon sebelum ini, Karupaiya, ditentang Hamzah Abd Rahman (PEJUANG), Datuk Sivaraj Chandran (BN), Azman Nasrudin (PN), Mohd Bakhri Hashim (WARISAN) dan calon Bebas, Ananda AK.

Karupaiya, 69, meninggal dunia di Hospital Kulim Rabu lalu, dipercayai akibat serangan jantung dan komplikasi kesihatan.


Sumber I BH Online




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo